Sememangnya ada manusia yang akan berterusan tidak puas hati, berterusan hasad dengki dan berterusan mahu menjatuhkanmu kerana engkau tidak jatuh2, tidak juga jadi rugi dan susah, tidak dipersalahkan, dan tidak pula hidup menderita sebagaimana yang sangat mereka harap2kan. Mereka selalu berusaha keras agar mereka dapat naik, dapat untung, dapat senang, dipandang benar, dan dapat bahagia.
Apa yang perlu engkau lakukan jika sedemikian situasinya?
1. Berdoa mohon Allah lindungi dirmu daripada perbuatan2 tidak baik mereka.
2. Berdoa mohon Allah ubah hati mereka ke arah kebaikan.
3. Maafkan sahaja salah silap mereka sebelum ini kepadamu.
4. Jarakkan diri dan jaga jarak itu agar perancangan dan perbuatan2 tidak baik mereka terhadapmu sukar untuk mereka jayakan. Jika dibuat juga, kesan atau mudaratnya akan berkurangan kerana ada jaraknya.
5. Engkau jangan ikut perlakuan mereka. Engkau jangan ada perasaan tidak puas hati kepada mereka, jangan ada hasad dengki terhadap mereka, jangan pernah mahu menjatuhkan mereka, jangan harap mereka rugi dan susah, dan jangan ada berharap agar mereka hidup menderita.
Insya-Allah ruang2 bahagia selalu terbuka untukmu.
13/4/23
No comments:
Post a Comment