Wednesday, April 12, 2023

Usaha Jauhkan Umat daripada 4 Tungku Agama

 

Apabila tidak berguru dan tidak sampai ke mengenal, maka :

1. ilmu2 al-islam dikata ritual2 agama berhala dan dewa-dewi terdahulu.

2. ilmu2 al-iman dikata ilmu falsafah Yunani/Greek.

3. ilmu2 al-ihsan dikata ajaran batiniyah dan syiah.

4. ilmu2 al-sa'ah dikata teori konspirasi dan ilmu menakut2kan.


Itulah pentingnya ilmu membeza. Apabila tidak mengenal maka tidak dapatlah membeza. Bagaimana hendak teliti dalam membeza jika tidak kenal? Maka terpandang samalah.


Aliran dan coraknya sama sahaja bagi keempat2 tungku agama (tiang ad-diin) dalam hadith Jibril ini zaman-berzaman. Para penolak dan penentangnya akan berusaha mengalihkan pandangan masyarakat agar ia dikesampingkan, dianggap salah, dianggap tidak penting (padahal keempat2nya rukun ad-diin), lalu akhirnya terpinggir. Tak dapat keempat-empatnya, sekurang2nya dapat salah satu tiang sahaja pun diasingkan sehingga menjadi terasing, itu sudah kejayaan besar bagi mereka.


Janganlah dibiarkan meja besar berrsegi empat tanpa salah satu kakinya. "Meja" dalam diri pun ada, "meja" dalam umat pun ada.


Sebagaimana yang kita terima, sebegitulah yang kita sampaikan.


11/4/23

No comments: