AAA menulis (bertanya) : Assalamualaikum ustaz. Afwan ya ana menganggu. Ana mahu bertanya tentang pengajian akhir zaman tu.. berdasarkan posting ustaz ... ustaz guna kitab yang ni ke? (Disertakan gambar buku bertajuk Intisari Ma'rifat Rukun Agama Keempat oleh Habib Abu Bakar al-Adni)
Jawapannya : Waalaikumussalam. Terima kasih atas pertanyaannya. Saya tidak menggunakan kitab tersebut.
Huraiannya : Umumnya matlamat ilmu zaman akhir (yang saya sampaikan) dan matlamat isi kandungan kitab itu lebih kurang sama pada jalan besarnya, cuma ada lorong2 yang berbeza. Persamaan dan perbezaannya itu seumpama yang ada pada 4 tungku agama atau 4 tiang ad-diin dalam hadith Jibril iaitu :
i) mazhab2 al-islam (umumnya disebut sebagai fiqh dsb) antara Asy-Syafi'iyah dan Al-Hanafiyah.
ii) mazhab2 al-iman (umumnya disebut 'aqidah dsb) antara Al-Asha'irah dan Al-Maturudiyah.
iii) mazhab2 al-ihsan (umumnya disebut tasawuf dsb) antara Al-Junaidiyah dan Al-Ghazaliyah.
Maka dalam mazhab al-sa'ah ini ada Ilmu Al-Sa'ah (umumnya disebut sebagai ilmu zaman akhir dsb) yang diasaskan oleh Imam al-Ghazali (sebagaimana yang saya sampaikan) dan ilmu Fiqh Tahawulat (umumnya disebut sebagai ilmu akhir zaman, zaman fitnah dsn) yang diasaskan oleh Habib al-Adni (sebagaimana yang terdapat dalam kitab di atas tadi).
Begitulah ceritanya.
11/4/23
No comments:
Post a Comment