Saturday, April 15, 2023

Perjanjian Orang2 Berpenyakit Wahn

 

Sejarah Islam antaranya pada zaman Abbasiah, zaman Seljuk dan zaman Uthmaniyah bercerita dan berpesan, bahawa selalu juga perjanjian2 yang dibuat dengan pihak perakus (penjajah,musuh) dengan harapan untuk mendapatkan keselamatan, keuntungan ekonomi dan kurangkan mudarat, tetapi kemudiannya ternyata jadi lagi tidak selamat, lagi rugi dari segi ekonomi dan lebih besar mudaratnya. Sebaliknya pihak2 yang menolak daripada mengikat janji pula yang lebih selamat, lebih terjaga ekonomi dan lagi banyak dapat manfaat. Untuk mendapatkan persetujuan agar pemimpin2 Islam mahu menandatangani perjanjian, macam biasa - akan dipromosikan ketakutan dan kepanikan yang disulami dengan ugutan2 langsung dan tidak langsung. Penyakit wahn (cinta keduniaan dan hendak lari daripada kesusahan dan kematian) yang sudah sebati dengan diri membuatkan sebahagian pemimpin pun dengan mudah akan akur.


12/4/23

No comments: