Kadang2 jika kita hendak melepaskan dan menyelamatkan DIRI SENDIRI itu memang sudah cukup, tetapi kita terfikir akan diri orang2 yang dekat dengan kita pula kerana semuanya SATU DIRI. Begitulah tarbiah sufi. Lalu kita pun berusaha dan berikhtiar untuk melepaskan dan menyelamatkan diri sendiri DAN diri orang2 terdekat.
Namun risikonya - kelepasan dan keselamatan untuk diri kita sendiri mula jadi SEDIKIT LONGGAR. Tak mengapalah. Kita tetap teruskan juga kerana sebegitulah jalan R4S (Rasulullah saw, 4 sahabat paling utama, dan sahabat2 utama yang lain). Selain Rasulullah, merekalah maharaja para wali dan bintang2 ikutan terbaik.
Kadang2 jika kita hendak melepaskan dan menyelamatkan DIRI SENDIRI dan diri DIRI ORANG2 YANG DEKAT dengan kita sahaja itu agak cukup juga, tetapi kita terfikir akan kelepasan dan keselamatan DIRI2 UMAT pula kerana semuanya tetap SATU DIRI (dalam antara kemuncak jalan sufi ini). Lalu kita pun berusaha dan berikhtiar untuk melepaskan dan menyelamatkan diri sendiri, diri orang2 terdekat, diri2 lain dalam umat.
Namun risikonya - kelepasan dan keselamatan untuk diri kita sendiri sudah jadi BANYAK LONGGAR. Kita sendiri pun banyak belum tentunya terlepas dan terselamat. Tak mengapalah. Kita tetap teruskan juga kerana sebegitulah jalan R4S (Rasulullah saw, 4 sahabat paling utama, dan sahabat2 utama yang lain). Selain Rasulullah, merekalah maharaja para wali dan bintang2 ikutan terbaik.
Tetapi kadang2 diri2 terdekat dengan kita pun kurang peduli atau tidak peduli akan kelepasan dan keselamatan diri kita. Orang jauh2 (umat) lagilah. Mengapa kita perlu bersusah-payah demi mereka?
1. Umumnya begitulah tarbiah sufi.
2. Kan semuanya SATU DIRI? Atau engkau belum sampai ke maqam itu lagi?
3. Begitulah juga jalannya R4S. Kan mereka yang kita turuti?
4. Kelepasan dan keselamatan kita berada "di tangan-Nya" Yang Maha Tinggi.
@@@
"Perjalanan" ke "sisi" Allah SWT itu "24 jam panjangnya". Para wali Allah bertempat pada mahligai2 di sepanjang jalan itu mengikut maqam mereka. Ada yang 1 minit perjalanan, ada yang 1 jam, ada yang 7-8 jam dan sebagainya. Di sekitar penghujung jalan itu ada mahligai2 untuk maharaja2 para wali. Di sanalah R4S bertempat.
Masuk pertandingan larian, cita2kan tiga tempat pertama daripada lapan orang peserta peringkat akhir. Insya-Allah jika tidak dapat tempat pertama, kedua atau ketiga pun, tempat keempat atau kelima boleh didapat. Tetapi jika awal2 lagi hanya cita2kan tempat ketujuh atau kelapan, silap2 kita tersangkut pada separuh akhir sahaja. Peringkat akhir pun tidak kesampaian.
Di akhirat, jika kita bercita2kan Tuan Punya Jannah, insya-Allah jika tidak dapat pun, sekurang2nya akan dapat jannah2 tertinggi untuk para muqarrabin. Tetapi jika sedari awal kita cita2kan hanya untuk terlepas daripada naar dan dimasukkan ke dalam jannah, sangat dikhuatiri kita tidak terlepas.
2/4/23
No comments:
Post a Comment