Wednesday, April 19, 2023

Gurunya Kena Ikhlas, Murid Kena Ikhlas

 

Kita nak cari guru yang ikhlas

tapi kita sendiri

tak berusaha dan berikhtiar dengan gigih

untuk menjadi murid yang ikhlas.

Maka lambatlah majunya

atau mungkin tidak maju2

dalam keruhanian.


Jika gurunya ikhlas dan muridnya juga ikhlas,

insya-Allah cepat majunya.

Jika gurunya tidak ikhlas tetapi muridnya ikhlas,

insya-Allah murid itu dimajukan-Nya juga.

Tetapi jika gurunya ikhlas

tetapi murid tidak ikhlas,

guru tidak rugi apa2

melainkan murid yang tidak dapat maju.

Jika kedua-duanya tidak ikhlas,

lagilah tak maju-maju malahan mundur.


Selalu kita mahu capaian maqam yang tinggi2

tetapi capaian ikhlas kita rendah sekali.

Tiada ikhlas, atau lemah ikhlas, atau ADA tidak ikhlas,

di mana pun kita setakat itulah terkandas.


19/4/23

No comments: