Thursday, April 27, 2023

Tangga Terakhir Awam dan Terawal Sufi

 

Tangga terakhir bagi orang awwam itu

ialah tangga terawal bagi ahli2 sufi.

Sebab itulah namanya AWWAL ad-diin

(AWWALuddin ma'rifatullah).


Namun ada juga orang2

yang belajar ilmu2 keruhanian sendiri

menyangkakan bahawa

AWWALuddin ma'rifatullah itulah yang tertinggi.

Sebab itulah mereka sudah berasa puas

lalu berehat berhenti

dan tidak lagi mendaki dan mencari2.


Ada yang terkejut

malah ada yang menafi

apabila dihidangkan sedikit trailer

tentang tangga2 yang lebih tinggi.


Kata Imam al-Ghazali :

"Setiap golongan akan berpuas hati

dengan apa yang ada pada mereka."

Jika guru dan alirannya perguruannya

hanya setakat awal sahaja,

setakat ma'rifatullah sahaja,

maka bagaimana mahu membawa

atau melorongkan para pelajar

untuk naik ke tangga2 yang lebih atas lagi?

Di situlah umumnya mereka akan berhenti.


Alam anggota - alam aqal - alam qalbu.

Pada alam aqal, tiada anggota di sana.

Begitu jugalah pada alam qalbu,

tiada aqal di sana.

Mahu ke "alam"

yang tiada qalbu "di sana"?

.......


Abu Zulfiqar al-Amsyari

27/4/23

No comments: