Saturday, April 15, 2023

Azan Waktu Tahajud?

Pada Januari dan Februari lalu, ada beberapa hamba Allah memaklumkan kepada sahaya yang mereka ada terdengar suara azan sekitar pukul 3 pagi di kawasan sebelah sini (Taiping). Laungan azan itu sedap bunyinya dan terdengar beberapa malam. Tetapi mereka tidak tahu dari mana asalnya dan oleh siapa.


Sahaya teringin juga menyelidik, sambil2. Oleh itu sahaya pun rajin2lah terjagakan diri sekitar pukul 3 pagi itu untuk mencari2 dan mendengar2. Namun tak pernah terdengar lagilah.


Sahaya juga mendapat makluman daripada beberapa orang di sekitar Selangor terutamanya di Bangi dan Putrajaya bahawa mereka juga ada mendengar suara azan. Cuma masanya dalam pukul 4 pagi. Ketika sahaya ke sana, sahaya usaha juga bangun malam2 dan cuba mendengar2 tapi tak juga terdengar.


Yang terkini, ada sahabat sahaya dari Terengganu pula mengatakan ada terdengar azan dalam pukul 10 ke 12 siang, dan antara pukul 2 ke pukul 3 pagi.


Apabila sahaya ceritakan kepada orang lain, antara mereka juga ada yang pernah terdengar pada waktu malam/pagi. Semakin banyak pula orang yang pernah terdengar.


Setakat ini sahaya tak punya penjelasan yang bertaraf MUKTAMAD, atau kurang sedikit ke bertaraf PASTI, atau kurang lagi ke bertaraf KEMUNGKINAN BESAR. Kemungkinan2 kecil biasalah, macam2 ada pandangan orang. Tengoklah dulu pada hari2, minggu2 atau bulan2 akan datang kot2 ada. Wallahua'lam.


*Jika di sebahagian kecil tempat di Indonesia, memang ada laungan azan sekitar pukul 3 pagi sebagai ajakan kepada bangun qiamullail. Ada juga sebahagian kecil tempat yang buat azan dalam pukul 5 ke 6 pagi sebagai ajakan bersedia untuk solat subuh (di negara kita pun ada). Pada bulan Ramadhan pula ada sebahagian kecil tempat yang laungkan azan sebagai peringatan untuk bangun bersahur.


14/4/23

No comments: