Sampailah satu pertanyaan daripada seorang hamba Allah berkaitan penulisan sahaya tentang kesihatan beberapa waktu sebelum ini. Pertanyaannya : "Satu PERENGGAN itu berapa lama?"
Maka untuk mendapatkan jawapannya hendaklah ditilik akan tempoh masa solat fardhu subuh berjemaah bermula daripada takbir hinggalah kepada salam, yang secara berterusan itu. Sebenarnya panjang masanya itu tiadalah tetap adanya kerana ada kaum yang agak cepat perbuatannya, ada yang sederhana dan ada yang agak lambat. Namun menurut pandangan sahaya yang faqir, berpandukan kebiasaan yang diperhatikan di tempat sahaya, lamanya itu sekitar 6 minit adanya. Itulah lebih kurang satu perenggan. Wallahua'lam bissawab.
12/4/23
No comments:
Post a Comment