Tuesday, April 18, 2023

Antara Kejar Keduniaan dan Kejar Keakhiratan

 

1. Bab keduniaan : Sanggup berberat2 kepala untuk naik level demi level dari segi pendapatan, peluang2, nama, pengaruh, kedudukan, pangkat, pandangan orang, wang harta, keselesaan, kemudahan2 dan sebagainya.


Bab agama & keakhiratan : "Tak maulah berat2 kepala. Cukuplah apa yang ada. Kita amai ja apa yang kita tau. Kot2 nak tambah, tambah la sikit2. Yang pentingnya hati. Allah pun tak suruh kita beban2kan diri. Allah buatkan agama Islam ni mudah.


2. Bab keduniaan : Sanggup untuk mengorbankan banyak masa, tenaga, wang, harta, kerehatan dan sebagainya untuk mencapainya.


Bab agama & keakhiratan : "Korban sikit2 pun ok dah, asaikan ada. Ikut kelapangan dan keselesaan la. Jangan la sampai terganggu kehidupan harian kita, tidoq kita, sukan kita, hobi kita, family time kita, hiburan kita..."



3. Bab Keduniaan : Nampak memang tak mampu untuk dicapai tapi akan diusaha dan diikhtiaq supaya jadi mampu jugak2 , atau supaya menghampiri mampu, atau sekurang2nya nampak seakan-akan menuju mampu.


Bab agama & keakhiratan : Orang2 soleh, ulama, arifbillah dan sebagainya nampak dia memang mampu atau menghampiri mampu tetapi dia sendiri set minda dia bahawa dia tak mampu. Dicarinya la alasan2 dan halangan2 supaya dia kelihatan tak mampu nak mencapainya. Dia berasa takut kalau2 terkelihatan yang dia tu ada mampu untuk capai, sebab nanti dia nak kena buat. Tu yang dia nak elak tu.


Contoh : Dia cukup risau kalau orang tahu yang dia memang ada masa untuk pergi ke pengajian2 agama. Seboleh2nya dia tak mau orang lain tau yang dia memang mampu untuk buat korban tiap tahun, pi haji, pi umrah, bayaq zakat, terlibat dengan dakwah, dan sebagainya. "Biaq laaa orang nampak aku ni macam tak buleh. Kalau nampak buleh nanti, dah tentu akau nak kena buat. Mampoih."


4. Bab keduniaan : "Uih, mana boleh takat keperluan asas ja! Kita nak la jugak merasa yang tu merasa yang ni. Kehendak2 nak kena dipenuhi jugak. Islam tak dak teruk, Islam tak menyusahkan. Tak salah pun benda2 tu di sisi agama. Asaikan, jangan melampau dah la."


Bab agama & keakhiratan : "Asai lepaih yang basic2 dah la. Islam tu mudah, kita ja yang suka bagi susah. Kalau Allah dah izin, buat takat yang basic2 pun masuk syurga jugak. Yang penting, jangan tak buat langsung yang rukun2, yang fardhu2, yang wajib2. Relax la bro."


5. Bab keduniaan : "Hang ada ijazah ja? Aduhhh, zaman la ni mana cukup! Hang kena sambung master. Lepaih tu buat PHD. Tu kira kurang la tu. Zaman la ni orang ada PHD ni bersepah. Patutnya kita kena ada double PHD kalau nak hidup seiring dengan zaman. Apa la hang ni. Zaman bapak2 kita dulu boleh la takat2 ijazah ja."


Bab agama & keakhiratan : "Apa yang kita belajaq masa sekolah dulu tu cukup dah tu nak buat bekai. Masa sekolah rendah, sekolah agama petang2 kita pi. Kat sekolah menengah pun 5 tahun kita belajaq Pendidikan Agama Islam. Ilmu agama kita ni takat SPM sekolah biasa tu dah ok dah. Banyak dah tuuu. Tak terbuat semua pun. Banyak yang dah lupa pun. Yang kita nak kejaq nak lanjut pelajaran ilmu2 agama ni nak buat apa lagi? Kita bukan nak jadi ustat nak jadi ulamak. Pangkat dengan gaji kita tak naik pun kalau kita dok kejaq tok guru sana sini."


6. Bab keduniaan : "Hang nak belajaq medic 7 tahun kat Russia? Pi. Pi. Jangan tak pi. Hang pulak? Nak pi UK bertahun2 nak buat law? Aku sokong hundred percent. Yang hang ni pulak nak pi US belajar nak jadi pakar astronomi? Wajib pi. Bukan semua orang dapat peluang macam hangpa ni. Tok sah peduli la apa orang nak kata. Balik esok ni insya-Allah cerah masa depan hangpa."


Bab agama & keakhiratan : "Hang nak pi dok Yaman setahun? Elok hang pikiaq balik la. Hang pulak? Nak belajaq n bedakwah ikut Tabligh keluaq 40 hari? Ni yang hang pulak nak pi memondok dua tahun? Hang dah habih pikiaq dah ka tu?Nak pi uzlah tarekat 40 hari? Nak join kem tahfiz sebulan? Aku nasihat tok sah la. Hangpa jangan dok buat yang pelik2 la. Hangpa semua pelajaran dah baguih2 dah. Ada diploma ada degree belaka. Cukup la tu. Ni kalau hangpa dok pi ikut belajaq agama ke sana sini tu, apa yang hangpa dapat nanti? Aku risau masa depan hangpa ja.


Bab keduniaan : Tahan kena maki, kena buli, kena perli, kena jadi kuli, kena memohon simpati, dan sebagainya.


Bab agama & keakhiratan : Tok guru tegoq sikit dah merajuk. Kena buat kerja berat sikit kat madrasah dah ambil keputusan berhenti. Kena duduk di bawah sikit dah nak mengamuk. Berpanaih sikit dah protes. Terlambat sikit dah tak puaih hati. Macam2.


PENUTUP


Awat jadi lagu tu ha? Antara kejaq dunia dengan kejaq agama dan aherat tu tak seimbang. Bebeza, dan bebeza jauh pulak tu. Sebab keduniaan tu biasanya boleh dinikmati cepat sedangkan keagamaan dan keakhiratan itu lambat lagi nak mengecapnya di aherat sana. Keduniaan tu nampak jelaih2 depan mata tapi yang agama dan aherat tu entah dok di mana pun tak tau. Jugak sebab biasanya keduniaan tu kena dan sedap dengan kehendak hawa nafsu kita sedangkan biasanya yang keagamaan dan keakhiratan itu tak sedap lagi tak kena dengan kehendak hawa nafsu kita. Maka ramai la yang akan pilih yang sedap dan bersesuaian dengan kehendak hawa nafsu masing2.


Cari dunia kejaq dunia - baguih. Memang kena kejaq.

Cari akhirat kejaq akhirat - baguih. Memang kena kejaq.

Yang tak baguihnya - kalau jauh daripada "seimbang". Kalau dekat2 nak seimbang pun boleh kira cantik baguih dah tu.


Insya-Allah belajaq kitab Ihya' 'Ulumuddin untuk penjelasan lebih lanjut.


Wallahua'lam.


18/4/23


*Loghat utara ni bunyi macam kasar tapi sebenarnya santai2 sahaja.


No comments: