Mengapa ustaz letak nombor siri pada posting?
Ada pembaca yang memaklumkan bahawa dia sering terlepas posting2 sahaya di FB kerana :
i) ada banyak posting sahaya pada setiap hari dan kerap
ii) tidak semua posting akan muncul di wall dia
iii) dalam sibuk2, ada posting yang terulang baca dan ada yang terlepas terus.
Salah satu cara yang termudah, terus ke page FB sahayalah. Scroll down sahaja, dan cari. Satu usaha lagi ialah sahaya buatkan nombor siri kepada posting2 hasil penulisan sahaya (ayat2 pendek, sharing daripada pihak lain, video rakaman dsb tidak termasuk) mulai bulan April 2023 ini.
Contohnya untuk artikel sahaya yang pertama dihantar akan dimulai dengan kod AP001. AP itu untuk bulan April manakala 3 nombor di belakang itu merupakan nombor penulisan tersebut. Begitulah seterusnya AP002, AP003, AP004 sampailah tamat bulan April (contohnya AP127). Bulan Mei nanti kita akan guna kod ME001, untuk Jun guna JN, JL, OG, SP, OK, NV, dan DS. Kita cuba dulu. Sekiranya berkesan dan membantu, kita teruskan.
2/4/23
No comments:
Post a Comment