Bulan2 Ramadhan ini kesian tengok orang2 yang bekerja sebagai buruh binaan tetapi masih berpuasa. Cekal sungguh jiwa mereka. Tak ramai orang yang mampu bertahan sebegitu.
Kerja sebagai kuli buruh binaan ini jika di tempat saya membesar dulu biasa disebut sebagai kerja kontrak. Zaman remaja dulu saya suka kerja berat dan lasak tapi outdoor. Sementara menanti keputusan peperiksaan SPM (usia 17 tahun), sempatlah saya merasa menjadi kuli/pelayan binaan dalam 2-3 bulan. Buat bangunan restoran besar. Waktu itu gaji hariannya RM15. Sementara menanti keputusan STPM (usia 19 tahun) pun sempat 2-3 bulan juga. Buat deretan bangunan2 kedai 2-3 tingkat. Gajinya RM18 atau RM22, saya dah lupa. Kulit pulak jenis sensitif "makan dek hari" - memang hitam berjelaga dan ada yang mengelupas2, tapi hati gembira dengan kawan2. Cuma tak sempat merasa pengalaman bekerja sebegitu dalam bulan Ramadhan je.
Itu dulu le. Sekarang dalam usia separuh abad ni, seboleh-bolehnya tak mahu dah le. Tak mampu dah pun walau suku hari. Skop pasir/ tanah/batu, angkat simen, bancuh simen, tolak kereta sorong berat, layangkan simen dalam baldi berulang-ulang... dari pagi sampai pukul 5... baru fikir aje pun dah terasa letih, belum buatnya lagi.
Teringat wajah kawan2 yang sama2 susah kerja kontrak - Akam, Leman, Jak, Adik Mi, Mat Ali (arwah), Man Doraemon, dan mungkin ada lagi tapi sudah tak ingat. Sama2 berhujan, berpanas, berberat, berletih... Ke mana2 pun berbasikal sahaja.
Itu yang ternampak buruh2 binaan terutamanya pada bulan puasa, memang maklum jugalah akan kesusahan mereka bekerja. Seberat2 mata kita memandang, berat lagi bahu2 mereka yang memikul.
Semoga Allah mudahkan segala urusan umat ini.
12/4/23
No comments:
Post a Comment