Jiwa sufi itu sudah sedia ada perisiannya
Dia letakkan di dalam dirimu.
Jiwa itulah yang berbakat
untuk meneroka ke "alam langit tinggi".
Cuma sama ada engkau
berusaha dan berikhtiar dengan gigih
untuk mengaktifkannya atau tidak.
Ada orang yang berjaya mengaktifkannya,
dan ada orang yang tidak berjaya.
Ada pula orang yang tidak tahu wujudnya.
Ada yang tahu wujudnya
tapi tidak tahu cara mengaktifkannya.
Ada yang mengaktifkannya
tetapi sekadar hidup sahaja.
Dan ada yang tak mahu mengaktifkannya.
10/4/23
No comments:
Post a Comment