Friday, April 28, 2023

Kisah Tok Bomoh Kasmin Dirman

 

Kisah Tok Bomoh Kasmin Dirman...


Yang dicari2 oleh para pesakit ialah ubat (bahan) yang bersifat penyembuh, pengembali kesihatan, penyemulajadi. Ia hanya perlu diambil sekali, atau beberapa kali, atau jarang2 sangat sekali.


Tetapi yang diperolehi daripada Tok Bomoh Kasmin Dirman hampir semuanya hanyalah bahan2 yang bersifat pengawal, penahan, penstabil - yang mereka panggil sebagai ubat juga. Ia perlu diambil berterusan, tidak boleh berhenti. Setiap minggu atau setiap bulan kena berulang ke rumah Tok Moh Kasmin, bergantung kepada jenis masalah kesihatan yang ditanggung. Bertahun2 berulang. Yang puluhan tahun pun ada walaupun jumlahnya sedikit.


Malangnya kadang2 para pesakit hanya dapat bahan2 yang bersifat sekadar pelambat, pemberi masa, pemanjang tempoh - yang mereka panggil sebagai ubat juga. Ia perlu diambil berterusan, tidak boleh berhenti. Setiap minggu atau setiap bulan (selagi masih hidup) kena menghadap Tok Moh Kasmin.


Lebih malang lagi jika hanya dapat bahan2 yang bersifat pelega perasaan sahaja yang tidak punya fungsi selain daripada sekadar seolah2 ada ubat, padahal tiada apa2 pun - yang mereka panggil sebagai ubat juga. Setiap minggu atau setiap bulan kena berkunjung ke rumah Tok Moh Kasim. Biasanya tak sempat berulang banyak kali kerana Allah sudah jemput pergi. Sebenarnya Tok Moh Kasim tak ada pengetahuan pun tentang ubatan dan rawatan bagi masalah kesihatan tersebut tetapi dibuat2nya tahu lalu diberinya harapan palsu menggunakan bahan2 yang tidak berkaitan. Yang penting, mereka akan terus berulang ke rumahnya.


Majoriti pesakit tidak tahu, tetapi ada tabib2 yang tahu. Hal ini kerana tabib2 ada serba-sedikit ilmu tentang bahan2 dan kaitannya dengan masalah kesihatan. Masalahnya masyarakat mudah terpercaya dan terpedaya dengan Tok Moh Kasmin Dirman kerana besar namanya, besar pengaruhnya, besar rumahnya, besar ruang rawatannya dan besar dukungannya.


Tok moh-tok moh moden zaman sekarang pun masih banyak yang berbuat sebagaimana Tok Moh Kasmin Dirman.


28/4/23

No comments: