Saturday, April 15, 2023

Matahari Hanya Setinggi Awan?

 

May be an image of eclipse, tree and twilight 


No photo description available. 


Dalam minggu lepas ada seorang hamba Allah menunjukkan kepada sahaya gambar matahari di tengah awan. Mungkin matahari sedang terbenam. Yang pelik menurut hamba Allah itu, di belakang matahari itu juga ada awan. Seolah-olah ia betul2 sedang terbenam separuh di tengah2 gugusan awan. Berdasarkan gambar itu, dia terfikir bahawa mungkin matahari itu sebenarnya tidaklah setinggi mana, cuma setinggi awan sahaja.


Katakanlah gambar itu memang asli, sahaya pun memaklumkanlah kepadanya bahawa selalu juga hasil gabungan benda2 alam ini menampakkan sesuatu yang tidak sebagaimana sebaliknya. Sebenarnya kedudukan matahari itu adalah lebih tinggi.


Dengan izin Allah SWT, dua hari lepas yakni pada pagi Khamis 13 April 2023 bersamaan 22 Ramadhan 1444, sahaya ada mengambil gambar mentari pagi yang sangat cantik. Mataharinya besar, berwarna merah + jingga + pink, tiada sinar dan boleh dipandang terus tanpa menyakitkan mata. Sahaya pun ambillah gambarnya. Tapi kamera telefon murah sahaya ni tidaklah dapat menangkap warna sebenar dan tidaklah sejelas mana.


Jika diperhatikan, gambar itu menunjukkan matahari sedang berada di hadapan wayar tiang elektrik. Jika kita sekadar menggunakan logik akal dan berkeputusan menggunakan mata yang di kepala sahaja, maka kita akan beranggapan bahawa matahari itu sangatlah rendah, serendah wayar tiang elektrik sahaja iaitu setinggi 4-5 meter sahaja, bahkan lebih rendah lagi. Ia boleh dicapai dengan tangan atau dikait dengan galah. Tetapi mata qalbu kita sedia maklum bahawa matahari adalah jauh lebih tinggi daripada itu. Wallahua'lam.


15/4/23


No comments: