Saturday, April 15, 2023

Penyemangat Penentang Muktazilah

 

Dalam sejarah, kaum Muktazilah mendakwa merekalah golongan yang benar kerana mereka menjadi majoriti bahkan menerajui kuasa pada zaman 3 orang khalifah berturut2. Khalifah2, para pembesar, para hakim/qadhi, para ulama, para pegawai kerajaan dan pengajian2 agama mesti menganut fahaman Muktazilah. Sesiapa yang engkar ada yang dihukum mati, dipenjara, diseksa, dipulaukan, dibuang negeri, dikenakan sekatan dan sebagainya. Tinggallah beberapa kerat ilmuwan sahaja yang masih berani mempertahankan ajaran ASWJ. Ilmuwan2 yang tidak berani bersuara, mereka sembunyi2 sahaja di dalam dada. Yang berani bersuara, berhadapan dengan hukuman dan seksa. Begitulah hebatnya fitnah Muktazilah ketika itu. Imam Ahmad bin Hanbal salah seorang daripada para pejuang yang teguh jiwa raganya dalam hal ini.


Sekalipun ahli2 kebenaran menjadi golongan minoriti pada ketika itu, tetapi jiwa qalbu mereka tetap teguh. Antara penguat semangat mereka ialah :


1. Firman Allah 'Azza wa Jalla : "Jika engkau akur kepada majoriti yang berada di dunia maka mereka akan sesatkan engkau dari jalan Allah." (Al-An'am : 116)


2. Sabda baginda saw : "Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali menjadi asing. Maka beruntunglah orang2 yang asing." (Muslim)


3. Baginda saw bersabda, "Akan sentiasa ada satu kumpulan dari kalangan umatku yang sentiasa berada atas kebenaran yang mana orang yang mengkhianati mereka tidak memberi mudarat kepada mereka sehingga datang kepada mereka perintah Allah." (Muslim)


4. Sabda junjungan kita Rasulullah saw, "Akan sentiasa ada dalam kalangan kamu golongan yang mendapat kejayaan, sehingga suatu saat yang dikehendaki oleh Allah. Mereka sentiasa beroleh kejayaan." (Bukhari)


5. Satu daripada tujuh puluh tiga golongan - hal itu menunjukkan jumlah yang kecil (minoriti). Umum lagi asasnya 1.37% sahaja. Daripada 100 orang hanya ada 1 orang sahaja. Daripada 1000 orang ada 14 orang sahaja. Begitulah umumnya dan asasnya, bukan tepatnya.


Namun sehebat2 fitnah Muktazilah, ia tetap masih terpandang kecil berbanding fitnah terbesar dalam sejarah umat manusia iaitu fitnah Mr. D. Jika pada zaman fitnah Muktazilah sahaja sudah sampai sebegitu keadaannya, bagaimanalah agaknya keadaan umat Islam pada zaman fitnah Mr. D? Mustahillah lebih ringan melainkan tentulah berkali ganda lagi fitnah, tekanan, dugaan, kesempitan, manipulasi, pembohongan dan kerosakan yang dibawanya. Lebih ramai lagi yang tewas, tergelincir dan tersaring berbanding era fitnah Muktazilah. Sebab itulah namanya fitnah yang terbesar dalam sejarah umat manusia.


Sabda Nabi saw, "Tidak ada satu pun makhluk sejak Adam diciptakan sehingga terjadinya kiamat yang lebih besar fitnahnya daripada Dajjal." (Muslim)


Sabdanya saw, "Wahai manusia! Belum pernah ada fitnah di muka bumi sejak Allah memperbanyak keturunan Adam, yang lebih besar (fitnahnya) daripada fitnah Dajjal. (Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Al-Hakim)


Fitnah Dajjal itu lebih hebat daripada fitnah golongan riddah, falsafah Yunani, batiniyah, puak hasyasyin, anti hadith, tentera Salib, Monggol, dan sebagainya.


Sabda Nabi saw, "Dia (Dajjal) membawa bersama-samanya air (kesenangan, keselesaan) dan api (kesusahan, penderitaan). Hakikatnya apinya ialah air yang dingin manakala airnya ialah api." (Bukhari)


Belajar dan beramal dengan rukun ad-diin keempat iaitu ilmu as-sa'ah (ilmu berkaitan zaman akhir) tidak menjanjikan keselamatan dan kesejahteraan tetapi sekurang2nya peluang ke arah itu adalah lebih luas. Samalah halnya dengan para pelajar dan pengamal ilmu2 al-iman, al-islam dan al-ihsan. Tiada kepastian bahawa mereka akan selamat dan sejahtera dalam al-iman, al-islam dan al-ihsan tetapi insya-Allah usaha dan ikhtiar itu menjadikan peluang untuk mereka adalah lebih cerah.


4 rukun yang Allah bekalkan melalui JIbril kepada Nabi Muhammad kepada para sahabat dan seterusnya bersanad sehingga kepada kita hari ini, jangan dipersia-siakan.


13/4/23

No comments: