Alam "sebelah sana" itu banyak fitnahnya kepada kita manusia. Janganlah mudah terpesona. Hal2 yang dilihat oleh mata, didengar oleh telinga, dirasa oleh anggota, dicium oleh hidung dan dirasa oleh lidah itu belum tentu yang sebenarnya. Banyak orang yang sudah terkena. Kita janganlah termasuk salah seorang daripadanya. Insya-Allah jika kita jenis yang tidak mudah terpesona, besar peluang kita untuk terselamat dan sejahtera.
Bagi orang2 yang dalam hidupnya sehari2 mereka mudah terpesona dengan kekayaan, wang, kecantikan, ketampanan, kemewahan, kemahalan, kejenamaan, kebesaran2 keduniaan, kehebatan2 keduniaan, perhiasan2, keindahan, keselesaan dan seumpamanya, sangat berbahaya kerana akan mudah terkena atau dikenakan di alam sebelah sana. Apabila semua hal itu tidak berbekas atau kurang berbekas pada hati kita, umumnya kita berasa biasa2 sahaja dan tidak terpengaruh pun - insya-Allah sukar untuk diambil kesempatan.
PENGALAMAN PAK ABU
Pada suatu waktu, lamaaa dahulu, Pak Abu pernah dipengalamankan oleh Allah untuk ke sana. Jika dalam mimpi, hal itu adalah biasa2 sahaja. Tapi yang ini, dalam keadaan jaga. Biasanya Pak Abu merawat dan membantu orang2 yang menghadapi masalah dengan alam sebelah sana. Kali itu, Pak Abu sendiri pula ke sana.
MULA CERITA
Pada suatu hari, secara tiba2 sahaja muncul seorang lelaki ke dalam rumah Pak Abu. Entah dari mana masuknya terus berdiri di hadapan Pak Abu dalam jarak 2-3 meter sahaja. Pak Abu agak terkejut lalu serta-merta siagakan diri. Sebelum mengambil sebarang tindakan, Pak Abu tentunya memerlukan penjelasan walaupun sedikit. Tambah2 lagi Pak Abu tidak terdengar pun yang orang itu ada memberi salam atau ucapan2 selamat yang lain.
Lelaki itu kemas orangnya. Dia memakai pakaian serba putih tetapi bukan jubah, serban atau kain. Dia memakai baju kemeja berlengan panjang, seakan-akan blazer, berseluar putih dan berkasut juga putih. Rambutnya kemas sahaja seperti bersikat. Orangnya berkulit cerah dan nampak bersopan-santun. Wajahnya jernih dan selalu mengukir senyuman. Lagaknya bagaikan orang baik2.
Lelaki berpakaian putih itu menawarkan kepada Pak Abu untuk turut menjadi orang "alam sebelah sana" di samping menjadi orang alam sebelah sini. Pak Abu tidak berminat dan menolak dengan baik. Lelaki itu pun menerima keputusan Pak Abu dengan baik juga walaupun sebenarnya dia lebih suka sekiranya Pak Abu bersetuju.
Siapakah lelaki berpakaian putih itu? Dengan serba-sedikit pengetahuan dan pengalamannya, Pak Abu sedia maklum bahawa lelaki itu seorang manusia seperti dirinya juga, bukannya daripada bangsa jin. Cuma si lelaki sudah lama lebih banyak menghabiskan masanya tinggal di alam sebelah sana. Entahlah sudah berapa lama dia sudah jadi penghuni alam itu sehinggakan dia seolah2 punya jawatan tertentu di sana.
Oleh kerana si lelaki tidak berjaya memujuk Pak Abu, maka dia menawarkan satu peluang lain.
MAKAN ANGIN
Si baju putih mempelawa Pak Abu untuk berjalan2 ke "negeri"nya. Dapat sekali pun jadilah. Dia suka untuk menunjukkan tempatnya kepada Pak Abu. Daripada riak wajah dan gerak-gerinya, jelas dia masih ada menaruh sisa-sisa harapan agar Pak Abu berubah fikiran.
Pak Abu pun tersenyum. Mungkin si baju putih menyangka senyuman itu tanda setuju, lalu dia terus memegang tangan Pak Abu. Mereka pun berpindah atau bergerak dengan sangat lajunya. Pak Abu menegurnya kerana Pak Abu belum beri persetujuan pun. Dia meminta maaf. Pak Abu juga mengingatkannya bahawa jika berlaku walau sedikit pun hal yang Pak Abu rasakan tidak beres, Pak Abu akan "mengamok". Dia meminta maaf lagi dan berjanji tidak akan wujud sebarang masalah antara mereka.
Sebenarnya mereka di sana memang biasa mendengar tentang Pak Abu. Di beberapa tempat lain di alam sebelah sana juga biasa mendengar nama Pak Abu terutamanya pada zaman Pak Abu aktif perubatan Islam dulu. Jadi, dia hanya mahu menunjukkan dunianya sebentar sahaja tanpa sebarang masalah. Itu sahaja.
PENGALAMAN2 AWAL
Perjalanan awalnya sangat laju, macam angin ribut. Tak sempat Pak Abu hendak melihat ke kiri kanan. Kemudian kelajuannya berkurang, seperti kelajuan kereta di lebuh raya. Nampak gaya macam sudah hampir tiba ke tujuan. Antara yang banyak dilihat oleh Pak Abu di sepanjang perjalanan itu ialah kawasan berumput yang pendek rumputnya seakan2 dipotong. Hijau kekuningan di kiri kanan jalan. Kawasannya luas dan berbukit-bukit sedikit. Ringkas kata, kawasan yang luas itu memang terjaga. Jika di dunia kita ini adalah imbas2 kawasan sekitar Putrajaya.
Mereka pun tiba di tempat tujuan. Tahu2 sahaja di belakang mereka sudah ada beberapa orang pengiring.Di kira kanan jalan pula ada banyak orang yang sedang berdiri mengalu-alukan kehadiran mereka. Pakaian mereka seperti pakaian orang2 yan hidup sekitar tahun2 50-an, 60-an dan awal 70-an.
Mereka bergerak di jalan utama yang seperti jalan raya besar tetapi bukan dengan cara berjalan. Mereka hanya berdiri setempat sahaja tapi mereka bergerak ke hadapan dengan kelajuan orang berjalan laju. Seolah-olah mereka sedang berdiri di aatas satu pentas ghaib atau kenderaan ghaib yang bergerak sendiri. Mereka pun melihat ke kiri dan ke kanan di sepanjang perjalanan itu.
TAWARAN DEMI TAWARAN
Sambil2 itu lelaki berbaju putih bercerita itu dan ini kepada Pak Abu. Dia menghormati pendirian Pak Abu tetapi dia masih mahu menceritakan tentang kelebihan2 yang bakal diperolehi sekiranya Pak Abu mahu berulang-alik antara dua alam ini. Lembut sopan sahaja bicaranya.
Antaranya, mereka punya macam2 ilmu. Ilmu2 itu boleh diberikan oleh Pak Abu. Dia juga mengatakan bahawa mereka ada calon isteri untuk Pak Abu. Ketika itu juga dia terus menunjuk kepada salah seorang wanita dalam kalangan ramai2 yang berbaris di tepi jalan itu.
Pak Abu pun memalingkan mukanya dan ternampak seorang wanita cantik sedang tersenyum kepadanya. Rupa dan penampilan si wanita saling tak tumpah macam seniwati Sa'adiah pada eranya. Memakai selendang, rambut sedikit kembang, bertahi lalat, berbaju kebaya dan berkain batik. Pak Abu pun mengucapkan terima kasih sahaja lalu menolak dengan baik semua tawaran2 tersebut.
KEMBALI KE RUMAH
Dipendekkan cerita, Pak Abu pun diutus pulang ke rumahnya. Sampailah Pak Abu ke rumah dengan selamat. Pak Abu yang keletihan pun berehatlah. Sebenarnya sebelum pulang, Pak Abu ada dibekalkan dua perkara. Esok baru Pak Abu akan cuba try test uji perkara2 itu, ye ke tidak.
UJIAN PERTAMA
Esok paginya....... apabila hari sudah cerah (dhuha), Pak Abu pun keluar ke depan rumah. Cuaca dan suasana sangat baik. Pak Abu mahu menguji salah satu daripada dua perkara itu terlebih dahulu.
Perkara pertama - kononnya Pak Abu dibekalkan dengan ilmu untuk melihat bangsa ghaib tersebut. Caranya mudah sahaja, Pak Abu hanya perlu berfikir untuk melihat, maka ketika itu juga Pak Abu akan dapat melihat.
Pak Abu pun bercadang untuk melihat jika ada makhluk2 halus di hadapan rumahnya. Ketika itu juga dalam kedua-dua biji mata Pak Abu macam ada pertukaran kanta.
Terus Pak Abu ternampak beberapa spesis yang tidak berapa jelas rupa bentuknya kerana seperti sedikit bercahaya2. Jika mahu dilihat betul2, kena tumpu pada salah satu. Barulah jelas. Ada yang berpaut di pokok, ada yang di atas pagar, ada yang dalam semak-samun, ada yang di atas tanah dan sebagainya.
Namun semua yang ada itu bukan jenis yang mengganggu manusia, atau bukan jenis yang dengan sengaja akan mengganggu manusia. Mereka hanya buat hal masing-masing dan selalu sahaja ada di sekitar kita, cuma kita yang tidak nampak mereka. Mereka tak pedulikan Pak Abu pun.
Bagi Pak Abu, pada mulanya agak menarik pemandangan sebegitu tetapi tidak lama kemudian mula terasa rimas. Di mana-mana pun umumnya ada sahaja makhluk2 itu. Jadi rimas Pak Abu hendak memandang dan terasa begitu terganggu -seolah2 tidak ada privasi. Boringnya Pak Abu.
Pak Abu pun tidak mahu melihat makhluk2 itu lagi lalu serta-merta macam ada pertukaran kanta lagi di dalam matanya. Maka hilanglah makhluk2 tadi daripada penglihatan mata kepala Pak Abu walaupun Pak Abu sedar yang mereka masih ada di situ.
UJIAN KEDUA
Kemudian Pak Abu mahu menguji perkara yang kedua. Menurut lelaki berpakaian serba putih itu semalam, mereka dengan serta-merta akan menghantar atau menugaskan empat pengawal di rumah Pak Abu bermula malam itu juga. Setiap satunya di setiap sisi rumah di sebelah utara, barat, selatan dan timur. Betulkah ada? Jika ada, hebatkah sosoknya?
Pak Abu pun menghala ke sebelah utara. Apabila Pak Abu mahu melihat, serta-merta berlaku macam pertukaran kanta lagi dalam bola matanya. Pak Abu pun memandang ke serata arah. Makhluk-makhluk yang tak berkenaan adalah, tapi yang bertugas sebagai pengawal tak ada. "Menipu juga," kata Pak Abu dalam hatinya.
Seterusnya Pak Abu mencari ke arah barat. Tak ada juga. Menipu lagi.
Kemudian Pak Abu mencari hala ke selatan. Sama juga. Tak nampak walau satu. Tetapi, ketika Pak Abu menundukkan kepalanya, barulah Pak Abu ternampak ada satu. Terkejut betul Pak Abu.
MENCUIT HATI
Betul-betul di atas tanah di hujung kasut Pak Abu, ada satu makhluk kecik kenot/ kenek/ kenit. Dia sedang tidur lena bersandar pada tanah (termasuk ranting2 atau dedaun kayu). Kedua-dua belah kakinya melunjur menghala ke selatan. Maksudnya dia sedang membelakangkan Pak Abu. Nasib baiklah kaki Pak Abu tidak terpijak makhluk itu. Jika tidak, penyet terbenamlah ke dalam tanah. Kecil comel sahaja rupa bentuknya. Lebih kecil daripada Smurfs.
Pak Abu pun menundukkan sedikit badannya untuk melihat si makhluk dengan lebih jelas.Ketika itulah si makhluk terkejut. Terkeluar daripada mulut si makhluk, "Hah?" (terkejut super beruk) sambil melihat ke arah depan. Memang terperanjat betul dia. "Hah?" sambil melihat ke sebelah kanan pula. Lalu, "Hah?" melihat ke sebelah kirinya. Kemudian, "Hah?" sambil mendongak ke atas. Terus ternampak muka Pak Abu! Dengan pantasnya dia bangun berdiri lurus sambil menyapu-nyapu kepala dan badannya. Macam bersedia menunggu arahan sahaja lagaknya.
Semua perlakuannya itu begitu pantas dan sangat mencuit hati Pak Abu. Pak Abu tertawa melihatkan telatah si makhluk kecil tersebut. Dengan kecil comelnya, dengan terkejutnya, dengan kelam-kabutnya...
Fikir Pak Abu, “Macam ni je pengawal yang ditugaskan? Lawak betul le. Memang menipu juga.”
Pak Abu pun menyuruh si kecik itu balik sahaja. Kemudian, dengan serba-sedikit ilmu yang
dipelajari daripada guru2nya, ketika itu juga Pak Abu “memutuskan” dan “memulangkan” kedua-dua “bahan ujian” tersebut dengan sedikit “kekerasan”. Pak Abu juga menyatakan peringatan (amaran) agar si baju putih dan seluruh yang berkait dengannya agar jangan lagi datang atau berurusan dengannya. Si baju putih dengan segera hadir tetapi tidak berani menghampir dan sekadar menyatakan persetujuannya dari jauh sahaja. Kemudian dia pun menghilang...
Tamatlah sudah salah satu daripada pengalaman aneh Pak Abu, lama dahulu.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
2023
Blog Debunga Teratai Syurgawi
No comments:
Post a Comment