Banyak orang tahu atau sekurang2nya pernah mendengar atau terbaca tentang lafaz Zikir Harian yang 1000 kali sehari ini. Zikir Harian ini sebenarnya ialah Zikir Harian Tarekat Ghazaliyah yang diasaskan oleh Hujjatul Islam Imam al-Ghazali. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai Zikir Harian Imam Ghazali oleh kebanyakan orang.
Tahap2 kelazatan Zikir Harian ini umumnya adalah sebagaimana berikut :
1. Lazatnya bermula apabila kita mula DAPAT TAHU tentang Zikir Harian. Kita terasa ingin ambil tahu dan ingin mengamalkannya.
2. Bertambah lazatnya apabila kita sudah mula MENGAMALKAN Zikir Harian ini.
3. Semakin terasa lazat apabila kita ISTIQAMAH mengamalkannya. Rasa tidak puas jika tertinggal daripada melakukannya pada setiap hari.
4. Lagi lazat apabila kita DIIJAZAHKAN Zikir Harian. Terasa bagaikan “bersambungan” antara kita dan pengasasnya iaitu Imam al-Ghazali, seterusnya kepada Rasulullah saw.
5. Lagi lagi lazat apabila kita belajar akan KAIFIAT (tatacara dan adab2) mengamalkannya.
6. Lazat berlapis lazat apabila kita sudah BERAMAL mengikut kaifiatnya.
7. Lazat sebenar lazat apabila kita ISTIQAMAH mengamalkannya.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
16/7/23
Blog Debunga Teratai Syurgawi
*Berguru, belajar bersungguh2, dan tafakurkan ilmu2 yang dipelajari.
*Selalu semak semula kebetulan dan ketepatan aqidah kita, berterusan.
*Rugi di dunia sementara cuma, rugi di akhirat mungkin selama-lamanya.
*Semoga kita berada dalam 1 daripada 73 golongan.
No comments:
Post a Comment