1. Menang, seri, kalah, Dia yang tentukan. Tugas kita - istiqamah berjuang dengan usaha dan ikhtiar yang tak kunjung lelah.
2. Kebenaran bukan lagi suatu yang bertentangan dengan kebatilan. Defini kebenaran bagi mereka ialah duit, kelangsungan dan peluang2.
3. Allah beri akal untuk berfikir, tenaga untuk berusaha. Cuma kita yang selalu cari helah untuk elak mencari dan mengkaji agar tak rasa berdosa.
4. Kadang2 orang2 yang tak banyak ilmu sanggup perjuangkan kebenaran walaupun susah. Tetapi yang banyak ilmu pula terkunci mulut dan tangan.
5. Asas ilmu haqq (kebenaran) itu ialah tahu beza. Tahu yang mana haq dan yang mana batil. Lalu kenal haq dan kenal batil.
6. Walaupun kita terpisah berjauhan tapi kita tetap disatukan oleh ruh perjuangan.
7. Tiada tahu atau kurang tahu tapi maish mahu banyak bercakap, maka banyaklah dapat malu dan salah silap. Usahakanlah agar kita ada AGAK banyak tahu (walaupun tidak sampai ke tahap BANYAK tahu), lalu baru bercakap. Barulah kemas, sedap dan tegap.
8. Tak ada yang menghairankan. Generasi yang dididik dengan diskriminasi akan membudayakan diskriminasi dalam hidup mereka nanti.
9. Kadang2 bab yang kita nak sangat ditolong, orang tak mahu tolong, Bab yang kita berharap ditolong, yang itulah yang orang nak sangat-sangat menolong.
10. KADANG2 untuk elakkan masalah tertentu, pilihan orang yang salah itu terpaksa kita jawab “Tak setuju (tak sokong), tapi tak suruh, dan tak halang.”
No comments:
Post a Comment