Belanda sedang menjajah sebahagian kepulauan (yang terdiri daripada berpuluh2 buah pulau) dan sedang cuba menjajah seluruh kepulauan. Siapa pemimpin2 penduduk kepulauan yang perlu disokong dan yang mana perlu ditolak oleh penduduk kepulauan? Umumnya :
YANG MESTI DISOKONG
Individu/pihak yang memang SEDANG MENENTANG Belanda dan berpotensi AKAN MENERUSKAN penentangan. Belanda SUKAR membuat onar jika pemimpin2 jenis ini yang mendapat kedudukan.
YANG BOLEH DISOKONG
Individu/pihak yang BELUM MENENTANG Belanda tetapi nampak berpotensi untuk menentang. Belanda AGAK SUKAR membuat onar jika pemimpin2 jenis ini yang mendapat kedudukan.
YANG JANGAN DISOKONG
Individu/pihak yang berpotensi untuk TIDAK MENENTANG Belanda (sama ada sekarang dia sedang menentang Belanda atau tidak menentang Belanda) sekalipun dia tidak menyokong Belanda. Belanda MUDAH membuat onar kerana ketua2 jenis ini tidak akan mempedulikan tindakan2 Belanda.
YANG LANGSUNG TIDAK BOLEH DISOKONG
Individu/pihak yang berpotensi untuk MENYOKONG Belanda (sama ada sekarang dia sedang menentang Belanda atau memang tidak menentang Belanda). Belanda PALING SELESA membuat onar kerana ketua2 jenis ini akan menyokong tindakan2 Belanda.
Sejarah memang sangat menarik.
19/7/23
No comments:
Post a Comment