Thursday, July 27, 2023

Ruh Membawa Amanah

 

Imam al-Ghazali berkata, “Seluruh makhluk dihubungkan kepada Allah. Namun hubungan ruh (qalbu, hati kalbu) kepada-Nya itu adalah lebih mulia daripada hubungan seluruh anggota badan yang lain. Kepunyaan Allah seluruh makhluk dan ruh. Ruh lebih “tinggi” daripada makhluk2 yang lain.”


Zat yang sangat bernilai (ruh) itulah yang membawa amanah Allah, suatu tugas yang pernah ditawarkan kepada langit, bumi dan gunung tetapi semua itu enggan menerimanya malah takut kepada zat yang bernilai (ruh) itu.”


Janganlah difahami daripada hal itu seakan-akan dibayangkan dengan qadimnya zat (iaitu ruh) itu. Orang yang mengatakan qadimnya ruh adalah tertipu dan jahil, tidak mengerti apa yang mesti dikatakannya.” (Ihya’ ‘Ulumuddin : Kitab Ilmu)

No comments: