Friday, July 28, 2023

10 TAKIRAH PENDEK - Himpunan Julai 2023 siri 3

1. Islam ada mudahnya cuma banyak antara kita BERMUDAH2. Tapi dalam hal keduniaan, kita sanggup pula bersusah2. Benarkah seimbang usaha dan ikhtiar kita untuk dunia dan akhirat?


2. Sangka baik biar kena dengan aturan agama dan tempatnya. Sangka buruk pun sama. Biar sesuai dengan aturan agama dan situasinya. Bukan semuanya kena disangka baik, dna bukan semuanya kena disangka buruk.


3. Dia pilih dikau untuk hidup, berjuang dan istiqamah pada zaman yang sangat mencabar. Ertinya dikau bukan sebarangan hamba di sisi-Nya. Bersyukurlah.


4. Hari ini pejuang2 terpisah berjauhan. Insya-Allah satu hari nanti dikumpulkan-Nya. Jika bukan di dunia pun, di jannah-Nya. Terus yakin.


5. Jika engkau layan isu2 pengalihan perhatian, maka engkau tak dapatlah isu2 sebenar lagi keutamaan. Itu yang mereka mahukan.


6. Dunia memang cemburu kita tuntut ilmu agama, beramal dan berjuang. Sebab itu dunia ini sentiasa menguji kita dengan masalah2.


7. Masalah rumahtangga, jika belum dapat diselesaikan, JANGAN DITAMBAHBESARKAN. Lagi besar, lagi sukar diselesaikan. Banyak2 sabar.


8. Tersilap percaya orang2 atau pihak2, kitalah yg akan “mendapat” dan menanggung. Jangan mudah2 percaya orang2 atau pihak2. Kaji dulu.


9. Dari Raya Puasa ke Raya Haji, moga tilawah harian kita masih sebanyak pada Ramadhan lepas & istiqamah ke Ramadhan tahun depan. Antara petanda ibadah Ramadhan kita yang lalu itu banyak diterima – kita masih istiqamah tilawah, zikrullah dan solat2 sunat hingga kini.


10. Al-iman, al-islam, al-ihsan & al-sa'ah. 4 rukun ad-diin (agama) lengkaplah sudah.

 

Abu Zulfiqar al-Amsyari

 


No comments: