Friday, July 28, 2023

Mengapa Susah Mahu Dikurniakan Petunjuk?

 

Murid : Hamba berguru sudah lama. Beramal juga sudah lama. Tetapi... mengapa susah untuk hamba mendapat “petunjuk2” daripada-Nya?


Guru : Besar kemungkinannya kerana jika engkau mendapat “petunjuk2” itu, dan akibatnya ialah engkau akan dibenci orang ramai, engkau tidak akan sanggup untuk menerima dan melaksanakannya. Engkau akan persia2kan “petunjuk2” yang dikurniakan-Nya itu. Sebab itulah engkau kurang atau tidak dikurniakan “petunjuk2” daripada-Nya.


Hadiah daripada raja engkau tolak, maka susahlah untuk raja menghiadahi engkau lagi. Jika terbuka hatinya untuk memberi hadiah pun kemudian hari, mungkin sangat lama lagi masanya.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

28/7/23

Blog Debunga Teratai Syurgawi

No comments: