Zaman dulu2,
kebenaran dicari2.
Di mana2 terdengar adanya kebenaran,
orang2 berlumba2 pergi.
Zaman kini2,
kebenaran ditakuti.
Di mana2 terdengar adanya kebenaran,
orang bergegas2 lari.
Dulu2
orang mahu kebenaran yang timbul itu
jangan tenggelam.
Kini2
orang seboleh2nya
tak mahu kebenaran yang tenggelam itu naik timbul.
Dulu2
kehadiran kebenaran mendatangkan kelegaan.
Kini2
kehadiran kebenaran menggundah-gelisahkan.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
27/7/23
Blog Debunga Teratai Syurgawi
No comments:
Post a Comment