Bertanyalah seorang hamba Allah kepada sahaya, “Iblis kan ma’rifat? Setara mana ma’rifat dia?” Persoalan ini pernah sahaya tanyakan kepada mursyid sahaya lebih daripada suku abad yang lalu. Lebih kurang pertanyaan sahaya, “Ustaz. Kan Iblis ada ma’rifat jugak? Pasai apa dia boleh sampai buat salah yang sangat besaq sampai dia kena laknat dengan Allah? Ma’rifat dia tu setakat mana?”
Jawab sang mursyid, “Ma’rifat Iblis setakat ma’rifat le.” Kemudian dihuraikannya.
Jadi mula2 kita teliti semula 7 petala ad-diin iaitu :
1. Syariat
2. Tariqat
3. Haqiqat
4. Ma’rifat (awwal ad-diin, mengenal) – capaian Iblis di sini
5. Nisf ad-diin
6. Akhir ad-diin
7. Kamal ad-diin
Ringkas jawapannya begini sahajalah... ma’rifat Iblis itu ketika itu hanya pada tahap awwal ad-diin (awwaluddin ma’rifatullah). Ke maqam2 selepas ma’rifah seperti nisf ad-diin pun tidak sampai, ke akhir ad-diin pun tidak. Apatah lagi untuk ke kamal ad-diin.
Makhluk yang sudah tiba ke maqam nisf ad-diin sahaja pun, apabila Allah perintahkan untuk bersujud, mereka akan terus bersujud tanpa sehabuk pertikaian pun. Yang sudah mencapai akhir dan kamal, lagilah.
Yang masih ada ragu2, terfikir2, tertimbang2, kehairanan dan pening2 tentang keadilan Allah, kewajiban melaksanakan syariat atau tidak, dosa pahala tiada beza, perlu sujud atau tidak, dan hal2 seumpamanya, ertinya masih tersangkut pada awwal.
Adakah semua manusia dan jin yang berada pada maqam awwaluddin ma’rifatullah itu sedemikian?
Tidak. Majoritinya bagus2. Hanya minoritinya yang bermasalah.
Apabila sudah berjejak ke maqam nisf ad-diin, kita akan “saksikan” bahawa di sana tidak ada lagi makhluk2 yang mengabaikan syariat. Semua “penghuninya” (menuju “keadaannya” R4’S). Mereka berusaha dan berikhtiar dengan gigih untuk melaksanakannya dengan taat dan bertanggungjawab. Apabila berjaya tiba pula di maqam akhir ad-diin, kita akan dapat saksikan semuanya akur, patuh dan menurut dengan mahabbah – sebagaimana alam dan benda2 langit “hidup” dengan “berjalan” pada tempat2 edarannya (sebagaimana “keadaannya” R4S). Sangat ajaib “pemandangan”nya. Pada kamal ad-diin pula... tiadalah terkatakan lagi.
Begitulah secara amat ringkasnya. Wallahua’lam.
R4’S (R-Force) :
R = Rasulullah saw
4 = Empat orang sahabat paling utama
S = Sahabat2 utama yang lain
(4S inilah maharaja2 para wali)
Abu Zulfiqar al-Amsyari
16/7/23
Blog Debunga Teratai Syurgawi
No comments:
Post a Comment