Wednesday, July 5, 2023

Kisah Susuk

 

Tanam susuk pada sebahagian badan,

insya-Allah Tok Isa Patani boleh cuba keluarkan

atau sekurang2nya matikan.


Tanam susuk pada bawah kulit2 badan atau ke dalam sedikit,

insya-Allah anak murid Tok Isa Patani pun boleh cuba keluarkan

atau sekurang2nya matikan.


Tapi kalau tanam susuk ke seluruh badan,

Tok Isa Patani pun tercengang kebingungan.


Tanam susuk sampai ke bahagian terdalam badan,

guru kepada Tok Isa Patani pun

terpaksa surrender angkat kaki tangan.


Tok Isa Patani sudah berpesan,

janganlah lagi dibawa pesakit2 sedemikian,

bukan kerana tak sudi beri rawatan,

tapi kerana tak banyak yang dia boleh usahakan.

Lebih2 lagi bakal mayat di pembaringan

yang sedang menunggu ajal dalam penderitaan.

Orang bersusuklah katakan.

Hati Tok Isa sendiri luluh kesedihan.


Saat kematian itu

mungkin nampak satu saat atau satu minit sahaja

pada pandangan kita

tetapi Allah boleh panjangkan masa itu

bagi si penderita

mengikut kehendak-Nya berapa lama

kerana Dia yang menguasai masa.

Satu minit di mata kita,

mungkin satu jam, satu hari, satu bulan atau sebagainya

yang dilalui dan dirasai oleh si penderita.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

5/7/23

Blog : Debunga Teratai Syurgawi


No comments: