Friday, July 28, 2023

Benarkah Mereka Banyak Karang Buku?

 

Hebat tokoh tu. Setahun lebih 10 buah buku dikarangnya. Kini karyanya sudah berjumlah lebih 300 buah.”


Sebenarnya dia jarang menulis untuk buat buku pun. Buku2 atas namanya itu hanyalah kata-katanya ketika berucap, berkuliah atau mengajarkan kitab yang dirakam lalu ditekskan oleh orang lain. Mereka yang tulis dan susun semula kata-katanya. Kemudian mereka jadikan buku atas nama dia. Isi kandungannya lebih kurang samalah dengan apa yang dia sampaikan.


Usaha sebegini sangat bagus lagi disokong. Cuma yang kita hendak betulkan atau tepatkan hanyalah salah faham majoriti orang kononnya tokoh itulah yang menulis sendiri buku2 tersebut. Bahagian itu sahaja.


Jadi, dia mungkin ada ratusan atau ribuan buku/ kitab atas namanya tetapi yang sebenar2 ditulisnya sendiri hanyalah beberapa buah buku/ kitab sahaja. Pada sudut itu, tidak bolehlah kita hendak mengatakan yang dia lebih banyak menulis berbanding ilmuwan2 agama lain yang menulis berpuluh2 buah buku/kitab kerana mereka mengarang dan menulisnya sendiri dari awal hingga akhir.


Contohnya :

"Ustaz ABC lagi hebat dari segi penulisan. Dia dah tulis lebih 200 buku/ kitab. Ustaz DEF baru tulis 40 buku/ kitab je."


Padahal Ustaz ABC menulis sendiri hanya 10 buah buku sedangkan Ustaz DEF menulis sendiri 40 buah buku.


*Penulisan ini hanya menumpukan kepada isu penulisan sendiri sesebuah karya, sahaja.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

27/7/23

Blog Debunga Teratai Syurgawi


No comments: