Yang membunuh
TIDAK TAHU mengapa dia membunuh.
Yang dibunuh juga
TIDAK TAHU mengapa dia dibunuh.
Tetapi
kedua2 golongan itu
sama ada yang membunuh
atau pun yang dibunuh
sama-sama akan ke neraka.
Kedua-duanya dipersalahkan oleh Allah
walaupun masing2 TIDAK ADA TAHU tentangnya.
TIDAK TAHU tidak diterima sebagai alasan.
Apatah lagi jika ADA TAHU.
Oleh itu
mestilah MENCARI TAHU.
Orang yang tiada akal, tidak waras, hilang kesedaran,
mereka tidak akan diminta pertanggungjawaban
dan tidak akan dipersalahkan.
Yang dipersalahkan
ialah orang2 yang ada akal, ada waras, ada kesedaran,
tetapi TIDAK ADA TAHU.
Oleh itu,
mestilah MENCARI TAHU.
TIDAK TAHU tidak diterima sebagai alasan.
Apatah lagi jika ADA TAHU.
“Mengapa engkau membunuh mereka?”
“Saya TIDAK TAHU yang saya sebenarnya membunuh mereka.”
“Baik. Engkau ke neraka.”
“Tapi, saya dalam keadaan TIDAK TAHU.”
“Itu tidak diterima sebagai alasan.”
“Mengapa engkau dibunuh mereka?”
“Saya TIDAK TAHU sebenarnya saya dibunuh mereka.”
“Baik. Engkau ke neraka.”
“Tapi, saya yang dibunuh. Bukan yang membunuh.”
“Sama sahaja kedua-duanya.”
“Mengapa pula? Saya TIDAK TAHU mengapa saya dibunuh.”
“Itu tidak diterima sebagai alasan.”
Oleh itu,
mestilah MENCARI TAHU.
Begitulah... terlalu halusnya...
Abu Zulfiqar al-Amsyari
17/7/23
Blog Debunga Teratai Syurgawi
No comments:
Post a Comment