Jarang ada sayang kerana benar sayang,
yang selalu ada sayang kerana wang.
Hilang wang, hilanglah sayang.
Jarang ada cinta kerana benar cinta,
yang selalu ada cinta kerana harta.
Hilang harta, hilanglah cinta.
Beruntung jika mendapat sayang kerana sayang.
Walau hilang wang, sayang tetap sayang.
Beruntung jika mendapat cinta kerana cinta.
Walau hilang harta, cinta tetap cinta.
Carilah sayang sebenar sayang.
Dapatkan cinta sebenar cinta.
Insya-Allah walau hilang wang dan harta,
tetap bahagia dan sejahtera.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
10/7/23
Debunga Teratai Syurgawi
No comments:
Post a Comment