Sunday, July 2, 2023

Halaqah Usrah Ghazaliyah kumpulan 2 kali ke-6

 May be an image of studying, diary and text 

HALAQAH USRAH Ghazaliyah kumpulan 2 bagi kali ke-6

Tilawah & Tadabbur : Surah Al-Baqarah ayat 94-112

Pengisian Kitab Ihya' 'Ulumuddin : Kitab ke-9 - Zikrullah & Doa

(Bab ke-6 dalam Anugerah Berwangian Cinta untuk Tetamu Taman Cahaya)


LAIN-LAIN :

- Kepentingan ilmu membeza (diri vs Allah, dunia vs akhirat, syaitan vs malaikat, yang benar vs yang salah)

- Kepentingan mencintai Allah, Kitabullah, Rasulullah saw, as-sunnah, diri, ummah, ibadah dan dakwah.

- Terlalu banyaknya nikmat berbanding ujian.

- Daripada Al-Quran : Orang2 Yahudi yang paling tamak akan keduniaan, mengalahkan orang2 musyrik. Mereka mahu hidup ribu tahun. Sampailah sekarang agenda mereka.

- Daripada Al-Quran : Kisah malaikat Harut dan Marut

- Daripada Al-Quran : Kisah raa'ina dan unzhurnaa.

- Kepentingan memiliki senaskah Al-Quran khusus sendiri beserta terjemahan untuk hafazan, tilawah harian, penandaan dan rujukan pantas.

- Pengertian zikrullah.

- Zikir ghaflah, yaqazah, hudhur dan ghaibah.

- Selawat yang terutama.

- Petunjuk2 yang Allah berikan jangan diabaikan. Nanti ia sukar kembali lagi.

- Mengapa musuh2 sangat memusuhi ilmu tafsir mimpi?

- Perkongsian pengalaman2 dan ujian2 yang dilalui oleh para peserta.

- Di sebalik kesulitan2 itu ada kemudahan2. Memang sering terbukti.


SEMBANG2 KOSONG & minum2 lepas berhalaqah :

- Kisah dan sejarah wali 8 di Semenanjung Tanah Melayu.

- Asas2 ilmu perubatan Islam, muallij.

- Tentang gangguan jin, syaitan dan sihir.

- Kisah2 orang tentang seni beladiri (sendeng, kali, eskrima, silat suffian beladiri - Brunei, permainan pisau, jeet kune do, kerambit, buluh pendek)

- Kisah2 orang tentang hipnotis, pukulan jarak jauh, garis laksamana, penipuan2.

- Kenangan pahit manis zaman muda2 dulu.

No comments: