Semalam ditanyakan kepada sahaya akan sedikit panduan untuk mencari teman karib yang terbaik.
JAWAPANNYA :
Secara RINGKASNYA ada tiga jenis calon kawan bertaraf karib iaitu jenis A, B dan C.
A - Melihat dirinya, kita TERINGAT akan Allah, teringat akan Rasulullah dan teringat akan agama.
B - Melihat dirinya, kita TIDAK TERINGAT pun akan Allah, Rasulullah dan agama.
C - Melihat dirinya, kita MAKIN TERJAUH pula daripada mengingati Allah, Rasulullah dan agama.
A - Teringat dirinya, kita TERINGAT akan agama, teringat akan ilmu2 agama dan teringat akan dakwah.
B - Teringat dirinya, kita TIDAK TERINGAT pun akan agama, ilmu2 agama dan dakwah.
C - Teringat dirinya, kita MAKIN TERJAUH pula daripada ingat akan agama, ilmu2 agama dan dakwah.
A - Duduk2 dengannya, BERTAMBAH pengetahuan2 agama kita, pemahaman2 agama dan kesedaran2 agama, di samping hal2 lain.
B - Duduk2 dengannya, TIDAK BERTAMBAH pun pengetahuan kita tentang agama, pemahaman dalam agama, dan kesedaran kita dalam agama.
C - Duduk2 dengannya, MAKIN JAUH pula kita daripada pengetahuan agama, pemahaman agama dan kesedaran agama.
A - Mendengar kata2nya, kita BERSEMANGAT untuk menambah ilmu2 agama, bersemangat untuk menambah amal2 agama dan bersemangat untuk menyebarkan agama.
B - Mendengar kata2nya, kita TIDAK BERASA BERSEMANGAT pun untuk menambah ilmu2 agama, amal2 agama dan untuk menyebarkan agama.
C – Mendengar cakap2nya, MAKIN MENJAUH pula daripada ilmu2 agama, amal2 agama dan usaha2 agama.
A - Membaca atau menonton posting2 dan sharing2nya, akal dan hati kita DIBAWA kepada Allah, kepada Rasulullah, kepada agama dan kepada dakwah.
B - Membaca atau menonton posting2 dan sharing2nya, akal dan hati kita TIDAK DIBAWA pun kepada Allah, Rasulullah, agama dan dakwah.
C - Membaca atau menonton posting2 dan sharing2nya, akal dan hati kita MAKIN MENJAUH pula daripada Allah, Rauslullah, agama dan dakwah.
KESIMPULAN
JENIS A – Sangat bagus jika dapat jenis yang ini sebagai sahabat karib (termasuklah sebagai pasangan hidup). Insya-Allah bahagia kala senang dan kala susah, lalu membawa ke akhirat.
JENIS C – Mestilah berusaha mengelakkan diri daripada menjadikan orang jenis ini sebagai teman bertaraf karib (apatah lagi sebagai pasangan hidup).
Berusaha mencari teman karib ini ada iras2 (bukan betul2 sama) berusaha mencari calon isteri juga. Sedapat2nya carilah yang BAGUS AGAMANYA lebih dahulu (sebagai faktor utama) di samping mempertimbangkan juga faktor2 lain iaitu yang bagus harta/ wang/ kekayaannya, bagus keturunannya dan bagus rupanya.
“Wanita dinikahi kerana empat faktor : 1. kerana hartanya 2. kerana keturunannya 3. kerana kecantikannya 4. kerana agamanya. Maka pilihlah yang bagus agamanya, nescaya engkau beruntung.” (Bukhari)
Abu Zulfiqar al-Amsyari
7/7/23
Blog Debunga Teratai Syurgawi
No comments:
Post a Comment