Pada sekitar tahun 98-99 dahulu, ada satu ajaran (yang bermasalah) yang para penganutnya mengabaikan syariat. Mereka juga ada mengamalkan ilmu2 keduniaan yang pelik2. Untuk memudahkan bicara, kita sebut sahajalah sebagai ilmu2 kesaktian. Namun dalam penulisan ini yang kita hendak sentuh adalah tentang pengabaian syariat sahaja.
Pengabaian syariat yang dimaksudkan ialah mereka memang tidak menunaikan perlakuan solat sebagaimana yang kita sedia maklumi, tidak berpuasa pada bulan Ramadhan, sebahagian orang2nya istiqamah mengambil bahan2 terlarang tetapi tidak dianggap sebagai sesuatu yang salah, tidak menutup aurat dengan sempurna, umumnya menolak hadis2, dan sebagainya.
Perlakuan orang2 ini pun ditanyakan kepada seorang ustaz yang mengajar di masjid. Si ustaz pun menjawab, SEKIRANYA BENARLAH pegangan mereka begitu, maka menurut agama Islam salahlah, berdosalah dan tidak “luruslah”. Apabila khabar ini sempai ke telinga penganut2 ajaran itu, bisinglah dan marahlah mereka.
PERTEMUAN
Maka diadakanlah satu pertemuan antara kedua-dua belah pihak. Berdasarkan cerita yang sampai kepada sahaya melalui guru sahaya, lebih kurang contoh dialognya beginilah :
Kata ketua ajaran itu, “Apa yang kami buat, semuanya atas kehendak Allah sejak azali. Allah sahaja yang ada kuasa, makhluk mana ada kuasa. Kami solat ke, tak solat ke, mandi wajib ke, tak mandi wajib ke, puasa ke, tak puasa ke.................. kenapa ustaz sibuk2? Allah yang buatkan kami macam tu? Ustaz nak lawan af’al (pekerjaan) Allah, nak tolak takdir Allah ke?”
Kata si ustaz, “Jadi, orang lain tak boleh tegur, tak boleh nasihat, tak boleh perbetul, tak boleh kata salah, tak boleh kata ada kelemahan, tak boleh kata apa2lah tentang fahaman yang pakcik pegang ni?”
Balas si ketua ajaran : “Semuanya kerja Allah. Allah ada salah buat kerja tak? Mana ada! Yang kita nak pertikaikan kerja Allah kenapa? Semuanya benar di sisi Allah sebab Dia yang buat macam tu. Sebab itu kita tak boleh pertikaikan orang lain. Masing2 ada jalan masing2.”
Kata si ustaz, “Oh, macam tu! Tapi... yang pakcik marah2 ni kenapa?”
Jawab si ketua, “Ye la. Disebabkan mulut ustaz, orang2 kampung semua kata kami ni ajaran sesat. Orang macam pulaukan kami. Kedai makan kami (salah seorang orang kuatnya ada buka restoran yang agak terkenal) pun orang dah kurang datang.”
Balas si ustaz, “Katakanlah betul. Jadi, perbuatan saya dan perbuatan orang2 kampung tu takdir Allah ke bukan? Pekerjaan Allah ke bukan? Ketentuan Allah ke bukan?”
Tak berjawab, sebab mungkin mereka sendiri pun sudah nampak ke mana arah jawapan itu nanti.
Sambung si ustaz, “Kalau perbuatan kami ini pun sama juga iaitu daripada takdir Allah, pekerjaan Allah, ketentuan Allah, kenapa pakcik dan pengikut2 pakcik tidak berpuas hati dan marah2? Kalau betullah pakcik berpegang dengan ajaran ma’rifat (versi mereka) itu, dah tentu pakcik terasa bahagia sahaja dengan perbuatan saya dan orang2 kampung, langsung tidak timbul perasaan tidak puas hati, langsung tidak mempertikaikan apa-apa, tak rasa apa-apa pun apabila dikata sesat, malah menikmati kelazatan tuduhan sesat itu sebab ia daripada af’al-Nya Allah, rasa biasa2 sahaja apabila orang tidak lagi datang ke restoran sebab itu takdri Allah. Tapi nampaknya pakcik dan akwan 2 tak pula memandang af’al Allah, takdir Allah, ketentuan Allah dan kehendak Allah dalam hal ini. Pakcik nak pertikaikan takdir Allah, kerja Allah ke?”
Lepas itu mereka buat bising2 dan akhirnya pakat beredar dari situ. Tapi si ustaz terus berikan penerangan lanjut kepada para hadirin lain.
“Tengoklah. Itulah namanya ma’rifat separuh2. Ma’rifat pilih2. Apabila menyedapkan mereka, semua orang kena pandang apa yang berlaku adalah kerja Allah. Semua orang kena terima, tak boleh pertikai apa pun. Tapi apabila tidak menyedapkan mereka, hilang segala hakikat makrifat lalu mereka boleh pula pertikaikan perlakuan orang lain.”
PENUTUP
Sememangnya para penganut ajaran sebegini akan berhelah dengan kononnya bersandarkan kepada haqiqat untuk membolehkan mereka meneruskan pegangan dan perlakuan2 mereka yang salah di sisi agama itu. Harapan mereka agar helah itu akan membuatkan mulut orang2 lain terkunci, tidak ada yang akan menegur perbuatan mereka, mereka tidak berasa berdosa, berasa terselamat daripada murka dan neraka, dipandang sebagai orang2 terpilih yang bermaqam tinggi, tidak perlu belajar ilmu2 agama dari bawah, tidak kehilangan pengaruh dan pengikut, dan sebagainya.
Selepas pertemuan tersebut, ajaran itu masih terus beroperasi walaupun para penganutnya berkurangan sedikit. Cuma mereka bergerak secara senyap2.
Biasanya orang2 yang sudah sampai ke tahap taksub, tidak dapat diubati lagi. Sementara racun yang masuk masih belum lama, belum jauh, belum mendalam dan belum sebati, insya-Allah banyak yang boleh kita kembalikan ke tariq yang “lurus”.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
16/7/23
Blog Debunga Teratai Syurgawi
*Berguru, belajar bersungguh2, dan tafakurkan ilmu2 yang dipelajari.
*Selalu semak semula kebetulan dan ketepatan aqidah kita, berterusan.
*Rugi di dunia sementara cuma, rugi di akhirat mungkin selama-lamanya.
*Semoga kita berada dalam 1 daripada 73 golongan.
No comments:
Post a Comment