Umumnya orang yang sedang mabuk arak memang tidak sedar perubahan emosi, pertimbangan dan tingkah lakunya. Orang kena “ubat” pun sama. Kita (yang tidak mabuk inilah) yang sedang menyaksikan, nampak dan sedar akan perubahan emosi, pertimbangan dan tingkah laku mereka. Jika kita memberitahu kepada mereka bahawa mereka ada mengalami perubahan emosi, pertimbangan dan tingkah laku, biasanya :
i) ada yang tidak percaya. Mereka tetap merasa diri mereka masih normal macam kita juga. Padahal emosi dan pertimbangan mereka sudah ada kelainan dan mula kacau.
- “Aku rasa ok je. Engkau je yang terperasan macam2.”
- “Engkau memang suka membuat2 cerita le.”
- “Tak de lah. Diri aku, aku tahu le.”
- “Insya-Allah tak de apa-apa. Biasa2 je.”
ii) ada yang sikit2 percaya tetapi tidak mahu diakuinya.
Kata Tompel kepada P. Ramlee : “Tak mabuk yea? Berjalan terhoyong-hayang sampai ke hujung sana – tak mabuk yea?” Jawab P. Ramlee : “Bukan (mabuk) pak...tumit sepatu tercabut.”
Yang menyaksikan, ia nampak.
Yang disaksikan, ia tidak sedar.
Yang sedang menyaksikan,
ia sedang nampak.
Yang sedang disaksikan,
ia sedang tidak sedar.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
8/7/23
Blog Debunga Teratai Syurgawi
No comments:
Post a Comment