Ketika peluang begitu lama mengunjungi,
kita tidak ambil peduli.
Setelah ia berlalu jauh pergi,
barulah kita tercari2 kembali.
Mengejar pula hanya dengan berjalan
bukannya berlari.
Usaha kita lemah,
angan2 sahaja yang tinggi.
Ada pula yang cuba menggunakan jalan pintas,
kerana mahu pantas dan malu sudah jauh terlepas.
Biasanya bukan sampai lekas
tetapi tersasar dan terbabas.
Biar lambat asalkan selamat.
Tapi jangan terlebih lambat
sampaikan langkah pun berat2.
Biar cepat supaya dapat.
Tapi jangan terlebih cepat
sampaikan jadi mudarat.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
5/7/23
Blog : Debunga Teratai Syurgawi
* Istiqamah tilawah & tadabbur Quran tiap hari.
*Utamakan bahaya yang lebih besar berbanding yang besar2 atau kurang besar.
*Tapis setiap berita di media
No comments:
Post a Comment