Kisah rekaan... Ayah memang suka berjenaka. Tapi kalau bab agama,
ayah tegas. Anak ayah ramai. Jarang ayah wasap panjang2 personal kat
anak2 dia. Tapi kali ni awai2 posa hari tu dia tulih panjang kepada
anak2 dia yang boleh kata beduit dan yang tengah2 (antara beduit
dengan dak) bebanding anak2 lain. Anak2 yang hidup selalu kekurangan
tu dia tak wasap sekali. Jom baca apa yang ayah tulih.
@@@
Time
kita berkumpoi raya nanti, kalau dapat la, anak2 ayah termasuk cucu2
elak la pakai baju hat mewah2, pasai ada orang2 lain dalam keluarga,
sedara-mara dan jiran tetangga kita di kampung ni jenih yang tak
mampu atau tak berapa nak mampu. Depa mungkin akan terasa rendah
diri, mungkin jugak akan ada yang dengki, mungkin timboi perasaan nak
berlumba2 pulak antara sesama yang mampu, mungkin ada yang tak mampu
tapi awai2 dah terpaksa berutang, mencuri atau menipu sebab nak
nampak setara jugak dengan adik-beradik yang mampu, mungkin ada anak
cucu yang akan pandang rendah ibu bapa depa yang tak mampu dan lebih
sanjung orang lain, dan... macam2 lagi la akibat dia.
Tapi,
kalau kita pakaian hat yang besa2 ja, yang lebih kurang setara atau
lebih sikit ja, mungkin kita dapat jadi penyelamat supaya hai2 tadi
tak berlaku. Kalau berlaku pun, kecik la mudarat dia tu.
Macam
tu jugaklah dengan barang2 perhiasan, barang2 kemas, kereta moto dan
semua2lah. Tu kalau dapat la. Memanglah dalam keadaan2 tertentu kita
tak boleh nak elak. Yang tu ayah paham. Contohnya kalau kereta
berjalan jauh kita satu tu ja, kebetulan jenih mahai pulak. Yang tu
tak pa la. Yang kita maksudkan ni dalam hai2 yang sekiranya dapat
saja. Harap paham la noo?
Kita
tak menunjuk pun orang dah sedia maklum yang kita mampu. Kot2 kita
nak motivasikan keluarga, bagi contoh ja dengan pakaian yang tutup
aurat dengan sempurna, kekemasan diri, akhlak yang mulia, amai2 soleh
hari2 yang kita jaga, kata2 yang ada manfaat dan lain-lain lah.
Motivasi ni tak semestinya dengan duit, harta, cerita2 kekayaan dan
alam mewah2 ja.
Kalau
ada jam tangan harga kahyangan keinderaan, pakailah jam tangan kedua
yang rega dia bawah sikit daripada hat kahyangan keinderaan tu. Kalau
ada la. Kalau tak dak tu, sorok2 la sikit.
Kalau
ada cincin emaih tembaga kuprum loyang kromium 10 jari, pakai la 2-3
jari ja.
Ada
gelang emaih sampai ke pangkai ketiak? Pakai 2-3 urat dah la. Berat
kalau banyak2. Hangpa pun bukan jenih main gym.
Ada
pulak gelang emaih besaq lengan jenih lipan jenih tayar kereta kebai?
Ganti la sekejap dengan yang besaq jari. Orang kagum dah aih. Lawa
pun. Anak menantu ayah mana ada yang tak segak.
Rantai
tengkok berlapis 10 dan ada yang labuh sampai ke lutut? Pakailah 1-2
ja dan labuh setakat dada sudah la kot. Jenoh nak bejalan nak buat
kereja kalau labuh2 sangat.
Batu
ladung batu loket kat rantai tu kalau berat sampai sekilo, sementara
ni pakai yang besaq duit dua kupang dulu. Berat2 sangat nanti
terempuk kat pinggan, pecah.
Pakaian
kena lenggek steamroll tak berkedut, terjun tiruk ke sungai tak
basah, dok tengah bendang masa panas lik lik tak berpeluh, rega ribu
riban? Pakailah yang bawah sikit daripada tu. Tapi kalau orang lain
tak perasan kata baju tu mahai nak mampoih, ok la. Habaq la kata rega
dia besa2 ja. Tu pun kalau ada orang gatai nak tanya. Kalau dak, dok
diam ja la.
Nak
pakai jugak2 necktie besaq sejadah dengan baju kot James Bond time
raya ni? Tok sah lah kot. Pakai la sat baju Melayu ka, kurta ka,
jubah ka, baju Kedah ka. Tie tu kalau nak jugak, ganti la dengan
selendang ka shaul ka. Shaul jangan hat yang mahai2 pulak. Pilih hat
yang besa2 ja.
Ayah
didik hangpa semua sikit-sebanyak ilmu agama sejak hangpa kecik
kemetot sampai la pakat keluaq pi kereja menikah belaka, kenang2 la
balik pelajaran2 tu. Mana2 yang boleh jatuhkan kita ke lembah sifat2
mazmumah tu, kita pakat benam belaka. Hat yang mahmudah, yang tu yang
kena jadi pakaian hari2 kita.
Jangan
ada langsung terdetik perasaan nak menunjuk2, nak berasa lebih
daripada orang lain, berasa hebat, dan sebagainya la. Jangan bagi
peluang langsung kepada kehendak hawa nafsu kita dengan setan. Tutup
pintu teroih! Kunci rapat! Biaq kehendak hawa nafsu kita dan setan
menangih melalak beguling sebab kita tak bagi chan walau sikit kat
depa. Pastikan kita yang menang, bukan depa yang menang pada hari
kemenangan Aiil Fitri yang mulia ini. Amboih, ayah dah macam bagi
khutbah pulak dah aih. Tapi memang semayang raya tahun ni giliran
ayah jadi tok imam.
Apa
yang ayah tulih ni hangpa jangan kecik ati naa. Ni bukan benda baru.
Hangpa kecik2 masa anak teruna anak dara dulu ayah dah tarbiah pi
dah. Ulangan ja ni. Jangan marah noo. Ayah sayang hangpa semua.
Harap2 Allah kumpoikan la kita semua dalam syurga Dia nanti.
Ni
semua kalau dapat la. Kalau tak dapat, tak pa. Kita faham.
Salam
sayang tak pernah berubah sejak hangpa kecik... daripada ayah.... dan
mak sekali. Satgi tak boh nama dia, dia tarik muka pulak. Bukan buleh
dengan dia ni. Apa nak buat... sayang bini.
@@@
Atas
ketentuan-Nya, pada malam 17 Ramadhan lalu, ayah telah kembali kepada
Kekasihnya. Ayah tak sempat melihat bagaimana kami semua
adik-beradik, anak menantu, cucu2 sepakat buat macam yang ayah pesan.
Namun insya-Allah mesej panjang ayah akan tetap di hati, di amal dan
di telefon kami. Semoga Allah tempatkan Allah dalam kalangan para
muqarrabin, dikurniakan minuman Tasnim, dan mendapat kenikmatan
tertinggi iaitu "memandang"-Nya. Kami sayang ayah.
17/4/23
DTS