Sunday, February 9, 2025

Tindakan Setelah Belajar Kitab Risalah Laduniyah

 

Antara tindakan kita setelah mengikuti pengajian kitab Risalah al-Laduniyah ini?

1. Kita berdoalah selalu memohon agar Allah rezekikan kesempatan kepada kita untuk mengkhatamkan ilmu2 Tariqah Ghazaliyah khususnya syarahan kitab Risalah Laduniyah ini. Janganlah hendaknya ada sebarang gangguan yang membuatkan kita tak sempat khatam.

 

2. Kita teruslah BERPEGANG dengan 4 sayap agama, walaupun ada orang2 lain nak berpegang kepada dua atau tiga sahaja. Kita teruslah berusaha gigih untuk MENDALAMI keempat2 sayap agama, walaupun ada orang2 lain nak mendalami satu dua sayap sahaja.

 

3. Seboleh2nya kita carilah ilmu2 agama yang bersanad, dan sanadnya muttasil iaitu bersambungan tanpa terputus. Seboleh2nya elakkanlah pengajar2 yang tidak bersanad atau yang terputus sanadnya.

 

4. Kita mestilah berhati2 dengan pihak2 yang mengaku ada ilmu laduni atau mengajar ilmu laduni. Kebanyakan daripada mereka itu sebenarnya terpedaya, dan sebahagiannya lagi hendak memperdaya (scammer).

 

5. Kita kena faham dan sedar, bahawa umumnya tak ada seorang pun ilmuwan agama yang mahir kesemua juzuk ilmu agama. Maka kita ambillah ilmu daripada yang ahlinya.

 

Petikan pengajian kitab Risalah al-Laduniyah (imam al-Ghazali) oleh Paklong Abu Zulfiqar al-Ghazali, Januari 2025

No comments: