Sunday, February 9, 2025

Perkongsian Paklong Abu Zulfiqar dalam Pengajian 4 Sekawan Ilmu2 Imam al-Ghazali

 

NOTA RINGKAS DARIPADA PENGISIAN PAKLONG ABU AL-GHAZALI DALAM PENGAJIAN 4 SEKAWAN ILMU2 IMAM AL-GHAZALI

 

1. AKTIVITI2 AL-GHAZALIYAH SEPANJANG JANUARI 2025

1/1/25 – Pengajian Misykat al-Anwar (A)

3/1/25 - Pengajian Misykatul al-Anwar (C2) oleh UZG

3/1/25 - Pengajian Qawaid al-‘Aqaid (Ihya’ ‘Ulumuddin) (C2)

4/1/25 – Pengajian Ilmu Alam Imam al-Ghazali (A)

5/1/25 – Pengajian Misykat al-Anwar (A)

8/1/25 – Pengajian Ilmu As-Sa’ah (A) oleh UM

13/1/25 – Muzakarah Ilmu As-Sa’ah (A)

14/1/25 – Kuliah Khas Sejarah TG M. Salleh & Mursyidnya TG Abdullah Khandak

16/1/25 – Pengajian Misykat al-Anwar (A)

17/1/25 – Pengajian Misykat al-Anwar (C3) oleh UZG

17/1/25 – Pengajian Qawaid al-‘Aqaid (Ihya’ ‘Ulumuddin) (C3)

19/1/25 – Rekreasi ST

19/1/25 – Ziarah makam TG Muhammad Salleh al-Ghazali

19/1/25 – Muzakarah Ilmu As-Sa’ah (A)

20/1/25 – Pengajian utama Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-291 (tahun ke-15)

21/1/25 – Pengajian Misykat al-Anwar (A)

23/1/25 – Pengajian utama Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-292

26/1/25 – Pengajian Ilmu As-Sa’ah Putrajaya/Bangi

28/1/25 – Pengajian utama Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-293

29/1/25 – Pengijazahan Tariqah Ghazaliyah oleh Tuan Abu Ihsan al-Ghazali

31/1/25 – Pengajian Risalah al-Laduniyah (A)

 

2. MENGAPA TARBIYAH SUFI ADA PENGKAYAAN?

Namanya pun tarbiyah sufi, maka tentulah ada bahagian2 yang sama dengan tarbiyah orang2 awam, DAN ada juga tarbiyah yang lebih mendalam, lebih tinggi, lebih meluas, lebih jauh, lebih utama.

 

3. ANTARA FAHAMAN ASWJ, JABBARIYAH & QADARIYAH. DI MANAKAH DIRI KITA?

Pecahan2 para penganutnya :

i) Jabariyah tulen

ii) Jabbariyah arus perdana

iii) Separuh jabbariyah

iv) Menuju Jabbariyah

v) ASWJ arus perdana & ASWJ tingkat tinggi

vi) Menuru qadariyah

vii) Separuh qadariyah

viii) Qadariyah arus perdana

ix) Qadariyah tulen

Di manakah kita?

 

Teruslah berpegang dengan kitab ‘aqidah Qawaid al-‘Aqaid (dalam kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin) khususnya Risalah al-Qudsiyah. Imam al-Ghazali menyusun sukatan pelajaran aqidahnya sudah lama, lebih 900 tahun dahulu.

Jangan jadi orang yang pemalas, dan jangan pula jadi orang yang rajin tetapi mengabaikan Allah.

 

4. BAGAIMANA MAHU MELEPASI MAQAM AWWAL (AWWALLUDDIN, MA’RIFATULLAH)?

Bagaimana mahu melepasi maqam awal (awwal, awwal ad-diin, awal agama, awwaluddin, ma’rifah, ma’rifatullah, tangga terakhir orang awwam iaitu tangga pertama orang sufi) menuju ke maqam nisf ad-diin (tangga kedua orang sufi) dan seterusnya ke akhir ad-diin dan kamal ad-diin?

 

Antara langkah2nya :

i) Selesaikan “hantu2” berkaitan takdir Allah. Apabila kita sudah berjaya mencapai “pemahaman” dan “kesedaran” tentang segala ketentuan Allah, lalu kita menerimanya dengan cinta, suka, redha, akur dan yakin tentangnya, itu bererti “hantu2”nya sudah berjaya kita hapuskan atau hilangkan. Namun amat sedikit orang yang berjaya sampai ke sini. Selagi masih terfikir2, masih ada bingung, selagi sesekali masih dihantui, masih ada rasa macam tak puas… maka selagi itulah belum melepasi maqam awwal.

ii) Selesaikan “hantu2” selain fahaman ASWJ di dalam diri kita. Berpegang dan bertindaklah dengan fahaman ASWJ tulen iaitu ASWJ tingkat tinggi. Atau sekurang2nya berpegang dan bertindak dengan fahaman ASWJ arus perdana (tingkat biasa).

 

Kita bertungkus-lumus untuk melepasi MAQAM AWWAL sahaja, sedangkan Imam al-Ghazali dulu sampai jatuh sakit misteri kerana beliau mahu melepasi MAQAM AKHIR (iaitu mahu mencapai kamal ad-diin). Ertinya pada sebelum itu beliau sudah pun berada pada maqam akhir ad-diin.

 

5. ANTARA USAHA MENGHISAB AMALAN RAMADHAN KITA

Agak2nya Setakat Mana Allah Terima Amal2 Ramadhan Aku yang Lalu?

 

Yang dimaksudkan di sini bukan amal puasa, tapi lebih tepat dan lebih meluas lagi iaitu amal2 Ramadhan. Banyak orang melihat sudut yang sempit iaitu amal puasa, nak jaga puasa, nak kualitikan puasa dsb. Tapi dalam Tariqah Ghazaliyah, kita ditarbiyah untuk memandang yang lebih luas iaitu amal2 Ramadhan (termasuklah amal puasa fardhu itu).

 

Kita termasuk ke dalam salah satu daripada kategori berikut :

i)                    Golongan terbagus (sangat beruntung)

ii)                  Golongan yang bagus (beruntung)

iii)                Golongan yang kurang bagus (kurang beruntung, rugi)

iv)                Golongan yang tidak bagus (malang, banyak rugi)

v)                  Golongan yang sangat tidak bagus (amat malang, sangat kerugian)

 

No comments: