Sunday, February 9, 2025

Syarahan Kitab Risalah Laduniyah 1

 

NOTA RINGKAS DARIPADA SYARAHAN KITAB RISALAH LADUNIYAH (IMAM AL-GHAZALI) OLEH USTAZAH MUSF AL-GHAZALI

 

1. Kepentingan kitab ini : Kitab ini berkait rapat dengan Kitab Keajaiban Qalbu (dalam kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin) dan kitab Misykatul Anwar.

 

2. Risalah Laduniyah = satu penulisan yang tidak terlalu panjang, yang tujuannya untuk menyampaikan tentang ilmu yang direzekikan oleh Allah SWT daripada-Nya, terus kepada qalbu kita

 

3. Tujuan penulisan kitab ini :

Imam la-Ghazali berkata : “Ketahuilah, bahawa salah seorang daripada sahabat2ku telah menceritakan kepada  aku tentang seorang ilmuwan (orang ‘alim) yang menolak ilmu ghaib laduni, iaitu ilmu yang menjadi pegangan pemimpin tasawuf dan (yang menjadi) tumpuan ahli tarekat, yang (ahli2 tasawuf dan ahli2 tarekat itu) berpandangan bahawa ilmu laduni adalah lebih mantap dan lebih tepat daripada ilmu2 yang didapati dengan jalan usaha (yakni al-‘uluum al-muktasabah) atau (ilmu2) yang diperolehi dengan cara belajar.”

“Sahabatku itu berkata : “Aku meminta agar engkau (wahai al-Ghazali) kemukakan sedikit tentang tingkat2 ilmu, dan aku mohon engkau perbetulkan (salah faham) akan ilmu (laduni) ini. Berilah pandangan engkau dan pertegaskanlah (dengan hujah2nya).”

“Aku (yakni Imam al-Ghazali) menjawab kepadanya bahawa apa yang diminta ini (sebenarnya) sangat sukar untuk diperjelaskan. Namun, biarlah aku jelaskan bahan2nya sahaja mengikut keadaan yang membenarkan dan sekadar apa yang terlintas dalam ingatanku, dan aku tidak akan berpanjang2 dalam berkata2 kerana sebaik2 kata2 itu adalah sedikit namun bermakna.”

 

4. Adakah kita akan belajar ilmu laduni?

TIDAK! Yang kita hendak pelajari sekarang ialah ilmu atau maklumat TENTANG ilmu laduni, bukannya BELAJAR ilmu laduni.Hal ini kerana ilmu laduni itu bukannya boleh dipelajari. Ia merupakan ilmu yang datang terus daripada Allah kepada kita. Sekiranya kita ada terdengar atau terjumpa kononnya ada orang yang mengajarkan ilmu laduni, maka pendek kata, bohonglah tu.

 

Jika kita perhatikan di banyak tempat di Indonesia hari ini, apabila disebut ilmu laduni, ia bukan lagi difahami sebagai “tentang ilmu yang direzekikan oleh Allah SWT daripada-Nya terus kepada qalbu kita”, tetapi ilmu laduni ialah ilmu menyerang atau menangkis serangan tanpa menyentuh, iaitu pukulan atau perisai jarak jauh. Padahal, itu semua bukanlah ilmu laduni.

 

Banyak orang mendakwa mendapat ilmu laduni, tetapi sebenarnya itu bukanlah ilmu laduni.

Banyak orang yang berkata2 tentang ilmu laduni, tetapi sebenarnya mereka sendiri tidak tahu atau sangat kurang tahu tentang ilmu laduni.

 

5. Seseorang ilmuwan agama itu tidak mahir keseluruhan ilmu agama.

Ada ilmuwan agama yang mahir tungku al-islam (iaitu fekah, usul fiqh, hukum-hakam, syariah), tetapi tidak mahir tungku al-iman.

Ada ilmuwan agama yang mahir tungku al-iman (iaitu akidah, tauhid wilayah akal, usuluddin), tapi tidak mahir tungku al-ihsan.

Ada ilmuwan agama yang mahir tungku al-ihsan (iaitu tasawuf, sufi, tariqah, ma;rifah), tapi tidak mahir tungku as-sa’ah.

Ada ilmuwan agama yang mahir tungku as-sa’ah (iaitu tentang akhir zaman, zaman akhir, fitnah Mr. D dsb), tapi tidak mahir tungku al-ihsan.

Begitulah seterusnya.

 

6. Ilmu muktasabah ialah maklumat2 yang dapat diketahui dengan cara diusahakan). Maklumat2 jenis ini tidak datang sendiri. Ia tidak datang secara semulajadi. Ia tidak datang secara fitrah. Maklumat2 jenis ini diperolehi melalui jalan belajar. Kena belajar, meneliti, mengkaji dan sebagainya – barulah kita dapat maklumat2nya.

 

7. Antara tindakan kita setelah mengikuti pengajian ini :

1. Kita berdoalah selalu memohon agar Allah rezekikan kesempatan kepada kita untuk mengkhatamkan ilmu2 Tariqah Ghazaliyah khususnya syarahan kitab Risalah Laduniyah ini. Janganlah hendaknya ada sebarang gangguan yang membuatkan kita tak sempat khatam.

2. Kita teruslah BERPEGANG dengan 4 sayap agama, walaupun ada orang2 lain nak berpegang kepada dua atau tiga sahaja. Kita teruslah berusaha gigih untuk MENDALAMI keempat2 sayap agama, walaupun ada orang2 lain nak mendalami satu dua tungku sahaja.

3. Seboleh2nya kita carilah ilmu2 agama yang bersanad, dan sanadnya muttasil iaitu bersambungan tanpa terputus. Seboleh2nya elakkanlah pengajar2 yang tidak bersanad atau yang terputus sanadnya.

4. Kita mestilah berhati2 dengan pihak2 yang mengaku ada ilmu laduni atau mengajar ilmu laduni. Kebanyakan daripada mereka itu sebenarnya terpedaya, dan sebahagiannya lagi hendak memperdaya (scammer).

5. Kita kena faham dan sedar, bahawa umumnya tak ada seorang pun ilmuwan agama yang mahir kesemua juzuk ilmu agama. Maka kita ambillah ilmu daripada yang ahlinya.

No comments: