Sunday, February 9, 2025

Ilmu Tanpa Belajar?

 

Ilmu yang tidak dharuriyah (iaitu ilmu yang tidak datang secara semulajadi) itu, sampai kepada qalbu melalui dua jalan :

i)                    Sesekali diperolehi tanpa perlu dipelajari dan dikaji, seolah2 “dicampakkan” dengan secara tiba2 oleh Allah kepada qalbu. Ini namanya ilham.

ii)                  Sesekali (biasanya) diperolehi dengan diusahakan, dengan dipelajari, dengan mencari mencari dalil (istidlal الاستدلال ), dengan dikaji. Ini namanya i’tibar atau istibsor.

 

Pembahagian ilmu yang dikurniakan tanpa belajar :

i)                    Ilmu yang dikurniakan kepada auliya’ (para wali) namanya ilham.

ii)                  Ilmu yang dikurniakan kepada anbiya’ (para nabi) namanya wahyu.

 

Wahyu lebih kuat daripada ilham.

Ilham lebih kuat daripada qalbu.

Qalbu lebih kuat daripada ‘aqal.

‘Aqal lebih kuat daripada pancaindera.

 

Petikan pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-294, Paklong Abu Zulfiqar

No comments: