Sejarah pelajaran kitab Misykaatul Anwaar.
Kisahnya …. dalam tahun 1998 dulu, tuan guru kita ni sedang belajar kitab Ihya’ ‘Ulumuddin dengan mursyidnya iaitu Tuan Guru Muhammad Soleh al-Ghazali. Sampai pada Kitab Kejaiban Qalbu dan Kitab Latihan Qalbu, Tok Guru Mat Soleh selitkan sepenuhnya syarahan kitab Misykatul Anwar dan syarahan kitab Risalah al-Laduniyah. Dia selitkan tu sebab isi kandungannya ada kaitan. Semua pelajarannya mengikut acuan tarekat pengarang ketiga2 kitab ni iaitu tak lain tak bukan ialah Imam al-Ghazali sendiri, iaitu acuan Tarekat Ghazaliyah.
Sebab itulah sekarang tuan guru kita sedang mensyarahkan Kitab Keajaiban Qalbu, saya mensyarahkan kitab Misykaatul Anwaar, dan Ustazah Musf pulak syarahkan kitab Risalah al-Laduniyah. Keadaan ini seakan2 mengulang balik proses pengajian ketiga2 kitab ni pada tahun 90-an dulu. Insya-Allah kami akan sedaya-upaya untuk menyampaikan isi kandungan pentarbiyahannya mengikut tariq Imam al-Ghazali.
Pelajaran dan tindakan berkaitan nuur ini amat penting kerana ia dapat membuka hijab demi hijab antara kita dan Allah. Insya-Allah banyak hijab2 akan terangkat lalu menipiskan keseluruhan hijab2 itu. Oleh sebab itu, kita teruslah berusaha dan jika boleh usaha pada tahap gigih. Semoga pengajian kitab Misykatul Anwar kita ini dapat berterusan dan berjalan dengan lancar. Dan semoga kita termasuk ke dalam golongan orang2 yang mendapat nur Allah, bahkan mendapat limpahan nur Allah.
Ya Allaah, Ya Jabbaar, Ya Ghaffaar, Ya Qahhaar... kurniakanlah manfaat yang sebanyak2nya buat kami daripada kitab Misykaatul Anwaar ini. Amin.
…petikan pengajian kitab Misykatul Anwar (Imam al-Ghazali) oleh Ustaz Dzul al-Ghazali
No comments:
Post a Comment