Saturday, February 15, 2025

Misykat pada Diri Kita

 

Syarahan kitab Misykaat ini kita bawa mengikut tariq atau acuan pengarangnya sendiri iaitu tariq dan acuan Imam al-Ghazali, mengikut pedoman2 Tarekat Ghazaliyah, sebagaimana yang diperturunkan oleh guru2 Tarekat Ghazaliyah zaman-berzaman sampailah ke zaman kita ini.

 

Apa itu misykaat? Misykaat biasanya ialah satu lubang di dinding rumah yang dindingnya diperbuat daripada batu, tanah atau yang seumpama dengannya.

Lubang itu tidak tembus sampai ke luar rumah atau ke sebelah sana dinding. Lubangnya sekerat daripada dinding itu sahaja. Ringkasnya misykaat ialah satu lubang kecil di dinding yang tidak tembus ke sebelah sana. Ia boleh juga disebut sebagai ceruk.

 

Pada peringkat awal pelajaran ini, lubang itu bolehlah diibaratkan sebagai dada kita. Lampu itu pula bolehlah diibaratkan sebagai qalbu atau hati kita. Ertinya, misykaat al-anwaar ini berada dalam diri setiap orang daripada kita.

Kebanyakan manusia tidak sedar akan kewujudannya. Hanya sedikit manusia yang sedar.

 

…petikan pengajian kitab Misykatul Anwar (Imam al-Ghazali) oleh Ustaz Dzul al-Ghazali

No comments: