Pertanyaan : Sekiranya saya nak belajar kitab ABC, selain daripada dengan tuan, dengan siapa lagi saya boleh belajar?
(*Kitab ABC yang dimaksudkan ialah kitab Anugerah Berwangian Cinta untuk Tetamu Taman Cahaya – petikan, ringkasan & rumusan daripada kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin yang saya susun beberapa tahun lalu. Sudah tiada cetakan terbaharu)
Jawapannya : Kitab ABC ini, orang2 yang sudah melalui syarahan saya secara keseluruhan kitab (ada 40 bab), secara bertalaqqi dan bersuhbah, ada 4 orang. Dalam 4 orang itu, yang mensyarahkannya setakat ini dan sangat saya syorkan ialah Ustaz Dzul al-Ghazali dan Ustazah Musf al-Ghazali. Terpulanglah kepada mereka mengikut kelapangan mereka.
Selain itu, atas ketrampilan, keilmuan dan kebolehannya, Tuan Abu Ihsan al-Ghazali (wakil Tariqah Ghazaliyah Pahang) juga memang sangat bagus mensyarahkan kitab ini walaupun beliau belum melalui keseluruhannya secara talaqqi dan bersuhbah dengan saya.
Kesimpulannya, ada 3 orang lagi yang sangat sesuai untuk dipelajari akan kitab ABC ini melalui mereka iaitu :
i) Tuan Abu Ihsan al-Ghazali
ii) Ustaz Dzul al-Ghazali
iii) Ustazah Musf al-Ghazali
21 02 25
No comments:
Post a Comment