Kita ada 4 sayap untuk terbang sehampir2nya kepada Allah iaitu al-imaan, al-islaam, al-ihsaan & as-saa’ah. Keempat2 sayap agama atau 4 sayap ad-diin ini jelas tertera dalam hadith Jibril yang sudah kita bentangkan dalam pelajaran pertama dan kedua dahulu.
Sayap al-imaan itu wilayah ‘aqal. Yang di luar daripada wilayah aqal tidak akan dapat dicapai dengan ilmu sayap al-imaan. Nak mencapai hal2 yang lebih tinggi daripada yang boleh dicapai oleh wilayah aqal, kenalah menggunakan sayap al-ihsaan. Itu pun masih terbatas juga, tetapi sekurang2nya lebih tinggi, lebih jauh, lebih luas dan lebih mendalam daripada wilayah aqal.
Untuk menguasai ilmu2 dalam sayap al-ihsan (wilayah hati qalbu), sangat penting untuk kita menguasai ilmu2 dalam sayap al-iman terlebih dahulu (wilayah akal fikiran).
…petikan pengajian kitab Qawaid al-‘Aqaid (Ihya’ ‘Ulumuddin) oleh Paklong Abu Zulfiqar, 14 Februari
No comments:
Post a Comment