Bagaimanakah sanad pengajian kitab Risalah Laduniyah ini?
Sanadnya sama dengan sanad Tarekat Ghazaliyah. Jadi, ilmu ini turun melalui tariq yang sanadnya bersambungan tiada terputus. Oleh kerana sudah selalu disebutkan, maka tidaklah kita mengulangnya lagi di sini. Apa yang penting ialah… apa sahaja ilmu penting yang kita pelajari, pastikan ia bersanad dan sanadnya tidak terputus.
Adakah kita akan belajar ilmu laduni?
TIDAK! Yang kita hendak pelajari sekarang ialah ilmu atau maklumat TENTANG ilmu laduni, bukannya BELAJAR ilmu laduni.
Mengapa begitu?
Hal ini kerana ilmu laduni itu bukannya boleh dipelajari. Ia merupakan ilmu yang datang terus daripada Allah kepada kita. Sekiranya kita ada terdengar atau terjumpa kononnya ada orang yang mengajarkan ilmu laduni, maka pendek kata, bohonglah tu.
… petikan pengajian kitab Risalah Laduniyah (Imam al-Ghazali) oleh Ustazah Musf al-Ghazali
No comments:
Post a Comment