NOTA RINGKAS SYARAHAN RISALAH ATH-THAIR (AL-GHAZALI) OLEH TUAN ABU RAYYAN AL-GHAZALI
1. Menurut Imam al-Ghazali (dalam kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin), ada 5 istilah penting yang sudah terubah maknanya. Salah satunya ialah istilah fiqh (fekah) yang difahami oleh orang2 kemudian sebagai ilmu fatwa dan hukum-hakam. Sebenarnya istilah ilmu fiqh yang asal itu ditujukan kepada ilmu mengenal Allah (ma’rifatullah) dan pengurusan penyakit2 qalbu. Fiqh yang asal itulah yang dimaksudkan dalam majlis ini. Maka majlis ini ialah majlis fiqh.
2. Ada tiga komponen penting yang mahu diambilberat iaitu ilmu & amal, tauhid & ma’rifah, dan cinta & rindu. Ketiga2nya berkaitan dengan qalbu (hati).
3. Ilmu dan amal – Ilmu yang dimaksudkan dalam konteks ini ialah ilmu tentang Allah. Amal yang dimaksudkan dalam konteks pula ialah amalan membersihkan qalbu. Ilmu tanpa amal adalah gila, dan amal tanpa ilmu adalah sia-sia.
4. Tauhid dan ma’rifah – Tauhid membawa kepada mengEsakan Zat yang Qadim daripada segala sesuatu yang baharu. Ma’rifat itu pula mengenal. Ibaratnya – api itu ilmu, cahaya api itu ma’rifat.
5. Cinta dan rindu – Cinta adalah cabang kepada ma’rifat, yakni hasil atau buah daripada ma’rifat. Rindu adalah lebih daripada itu.
6. Alam makhluk sangat kompleks tapi sangat tersusun. Namun (keajaiban) alam tak boleh lawan (keajaiban) qalbu kita, kerana qalbu adalah lebih kompleks daripada alam. Qalbu kita ada connection (yang luar biasa) dengan Allah. Kekuatan dan harga diri kita terletak pada qalbu.
7. Qalbu ada amal2nya. Mengapa kena ada amal? Kerana ia sakit.
8. Rangkap syair dalam Risalah ath-Thair (asalnya dalam bahasa Parsi) :
Mari bangkit ke rumah Laila,
Kita hiasi malam2 bersamanya,
Akan kita tanyakan saja pada mereka,
Tentang sebahagian keluarganya.
Ketenangan milik Su’ad dan tetangganya,
Jangan kita usik ketenangan tempat tinggalnya.
9. Antara tanda2 kecintaan kepada Allah :
i) Kita tidak membenci kematian, kerana kematian adalah jalan menemui Allah (yang kita cintai dan rindui).
ii) Kita berusaha mendahulukan kehendak Allah berbanding yang lain2. Kita dahulukan apa yang Allah suka berbanding apa yang kita (atau orang lain) suka.
iii) Kita banyak berzikrullah.
iv) Kita mencintai “nasihat2 yang berbicara” iaitu Al-Quran.
v) Kita suka berkhilwah (bersunyi2an “bersama” dengan Allah).
vi) Kita rajin beribadah. Amal2 ibadah menjadi ringan dan mudah kepada kita.
vii) Kita mencintai orang2 yang mencintai Allah (contohnya para nabi, para sufi, para pejuang dan para pecinta Allah yang lain), dan kita membenci (menolak) orang2 yang tidka taat (engkar) kepada-Nya.
10. Bagi sesuatu yang tidak nyata pada mata kepala, bagaimana untuk kita hendak menyatakannya pada mata qalbu? Syuhud membawa kepada keyakinan.
11. Antara penyair2 yang terkenal pada zaman Rasulullah saw :
i) Hasan bin Tsabit
ii) Ka’ab bin Malik
iii) Abdullah bin Rawahah
iv) Ka’ab bin Zuhair – yang mengarang syair Banat Su’ad.
No comments:
Post a Comment