Saturday, February 15, 2025

Kepentingan Risalah Laduniyah

 

Siapakah pengarang kitab Risalah Laduni ini?

Pengarangnya ialah Hujjatul Islam Imam al-Ghazali, yang dikenali sebagai LAUTAN TIDAK BERTEPI pada awalnya, dan disebut sebagai LANGIT TIDAK BERTEPI kemudiannya, khususnya dalam kalangan para pengamal Tariqah Ghazaliyah. Beliau merupakan mujtahid dalam keempat2 fardhu ad-diin atau keempat2 tungku agama yang terdapat dalam hadith Jibril, dan beliau juga merupakan mujaddid bagi kurunnya.

 

Apakah 4 fardhu agama atau 4 fardhu ad-diin itu?

Al-imaan, al-islaam, al-ihsaan, dan as-saa’ah – sebagaimana yang terdapat dalam hadith Jibril yang masyhur itu. Dalam hadith tersebut, kesemua 4 tungku agama ini disebutkan secara berturutan tanpa terpisah.

 

Apakah antara kepentingan Risalah Laduniyah ini kepada kita?

Sebenarnya Risalah Laduniyah ini sangat berkait rapat dengan KITAB KEAJAIBAN QALBU (yakni salah satu daripada 40 kitab yang terdapat dalam kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin) yang sedang disyarahkan oleh tuan guru kita iaitu Paklong Abu Zulfiqar al-Ghazali, dan berkait rapat juga dengan kitab MISYKAATUL ANWAAR yang sedang disyarahkan oleh Ustaz Dzul al-Ghazali.

 

… petikan pengajian kitab Risalah Laduniyah (Imam al-Ghazali) oleh Ustazah Musf al-Ghazali

No comments: