Kata Imam al-Ghazali pada awal kitab Risalah Laduniyah ini :
“Ketahuilah, bahawa salah seorang daripada sahabat2ku telah menceritakan kepada aku tentang SEORANG ILMUWAN (orang ‘alim) yang menolak ilmu ghaib laduni, iaitu ilmu yang menjadi pegangan pemimpin tasawuf dan (yang menjadi) tumpuan ahli tarekat, yang (ahli2 tasawuf dan ahli2 tarekat itu) berpandangan bahawa ilmu laduni adalah lebih mantap dan lebih tepat daripada ilmu2 yang didapati dengan jalan usaha (yakni al-‘uluum al-muktasabah @ ILMU MUKTASABAH) atau (ilmu2) yang diperolehi dengan cara belajar.”
Masalahnya, pada pemahaman kebanyakan manusia, asalkan seorang tu ulama, ilmuwan agama, ustaz, berjawatan dalam agama, ada kelulusan akademik agama, mahir bercakap bahasa Arab, banyak pengikut dalam agama… maka mereka dianggap mahir dalam segala aspek ilmu agama.
Padahal keadaan sebenarnya :
i. Ada ilmuwan agama yang mahir tungku al-islam (iaitu fekah, usul fiqh, hukum-hakam, syariah), tetapi tidak mahir tungku al-iman.
ii. Ada ilmuwan agama yang mahir tungku al-iman (iaitu akidah, tauhid wilayah akal, usuluddin), tapi tidak mahir tungku al-ihsan.
iii. Ada ilmuwan agama yang mahir tungku al-ihsan (iaitu tasawuf, sufi, tariqah, ma;rifah), tapi tidak mahir tungku as-sa’ah.
iv. Ada ilmuwan agama yang mahir tungku as-sa’ah (iaitu tentang akhir zaman, zaman akhir, fitnah Mr. D dsb), tapi tidak mahir tungku al-ihsan.
Begitulah seterusnya.
Ada yang mahir bab hukum-hakam, tapi tak pandai dalam melagukan Al-Quran.
Ada yang mahir bab tasawuf, tapi lemah dalam bab ilmu hadith.
Ada yang mahir bab aqidah tauhid, tapi tak ada ilmu bab zaman akhir.
Ada yang mahir bab hafazan Al-Quran, tapi blur bab usuluddin.
Begitulah seterusnya.
Pengajarannya, kita ambillah ilmu daripada orang yang ahli (yang mahir) dalam sesuatu ilmu itu.
… petikan pengajian kitab Risalah Laduniyah (Imam al-Ghazali) oleh Ustazah Musf al-Ghazali
No comments:
Post a Comment