Saturday, February 22, 2025

Dah Minum Arak Maka Tak Perlu Solat?

 

Pertanyaan : Salam ustaz. Nak tanya tentang kawan saya ni... saya tengok dia tak solat dah banyak hari. Saya pun tanya. Dijawabnya dia ada mabuk, minum arak... 40 hari tak boleh solat. Memang macam tu ke? Mohon penjelasan ye ustaz.

 

Jawapannya : Waalaikumussalam Tuan Xxxxxxx.

Rasulullah saw bersabda :

 لَا يَشْرَبُ الخَمْرَ رَجُلٌ مِنْ أمَّتِي فَيَقْبَلُ اللهُ مِنْهُ صَلَاةً أَرْبَعِينَ يَوْمًا
Maksudnya: Tidaklah seseorang daripada umatku yang meminum arak melainkan Allah tidak menerima solatnya selama 40 hari. (An-Nasa’i, Ibnu Majah, Ahmad)

 

Umumnya zat arak TIDAK KEKAL atau TIDAK LAMA berada di dalam tubuh badan kita. Tapi di sisi Allah, dari segi PENERIMAAN AMAL, kesannya berlanjutan sepanjang 40 hari. Sungguhpun begitu, walau solat (dan umumnya  ibadah2 lain) kita tidak diterima oleh Allah, kita tetap wajib melaksanakannya. Dan yang lebih penting, wajib bertaubat.

 

Itu berkaitan dengan khamar (arak dan sebagainya yang memabukkan atau menghilangkan kewarasan). Jika benda2 atau bahan2 haram, kotor atau bernajis yang KEKAL atau BERADA LAMA di dalam tubuh badan, lagilah. Amat rugilah jika amal2 kita tidak diterima oleh Allah.

 

Teringat saya pada zaman remaja dulu (tahun2 80-an), ada satu orang tua yang memang kaki minum arak. Sepanjang beberapa hari lagi dia nak berangkat menunaikan haji, dia masih selalu minum arak. Alasannya, lepas naik haji nanti dia akan tinggalkan arak terus. Jadi, dia pun minumlah arak dalam hari2 terakhirnya sebelum berangkat ke Makkah.

 

Saya terdengar orang tua2 kampung bersembang - mereka sangat bersimpati dengan orang tua itu kerana khuatir amal2 hajinya tidak diterima oleh Allah. Tapi memang jelas, lepas balik haji tu hidup dan amalannya tidaklah lebih baik daripada sebelum pergi haji. Wallahua’lam.

 

17 02 25

No comments: