Sunday, February 9, 2025

Cara Baiah Tarekat Ghazaliyah

 

Pertanyaan : Assalamualaikum tuan. Macam mana nak baiah Tarekat Ghazaliyah?

 

Jawapannya : Waalaikumussalam. Sebenarnya Tarekat Ghazaliyah boleh terus diamalkan oleh sesiapa sahaja yang tahu dan jelas akan amalan2nya sekalipun tanpa melalui proses pengijazahan dan bai’ah. Hal ini sedemikian kerana amalan2 Tarekat Ghazaliyah ini sudah diniatkan siap2 sebagai diijazahkan kepada seluruh umat zaman-berzaman.

 

Bai’ah pula tidaklah menjadi kewajiban. Pengijazahan dan bai’ah hanya mesti untuk para pengamal yang bakal dilantik sebagai mu’allim, wakil ijazah & bai’ah, mursyid dan syeikh tarekat. Para pengamal lain tidak dimestikan untuk diijazahkan secara betul2 rasmi dan tidak mesti berbai’ah. Namun begitu, para pengamal lain sangat digalakkan untuk diijazahkan dan sangat digalakkan untuk berbai’ah.

 

Proses pengijazahan & bai’ah yang secara betul2 rasmi dibuat secara berhadapan, melainkan jika ada kekangan yang amat berat.

 

Sejak tahun 2012 hingga 2019 (sepatutnya sehingga tahun 2021 tetapi terhalang oleh PKP), kita buka 40 kali pertemuan dalam setahun untuk proses pengijazahan & bai’ah. Mulai tahun 2024, saya buka sekali sahaja pertemuan dalam setahun. Namun sesiapa yang berminat masih boleh mengambil Tarekat Ghazaliyah dengan menemui wakil saya di Jerantut, Pahang iaitu Tuan Abu Ihsan al-Ghazali https://www.facebook.com/mohdfirdaus.thahuddin (dan wakil saya di Filipina iaitu Tuan Abu Azri al-Ghazali, tapi yang ini tentulah susah untuk pergi mendapatkannya), mengikut kelapangan beliau. Ada seorang lagi wakil Tarekat Ghazaliyah ini iaitu Ustaz Dzul al-Ghazali di Perak tapi beliau belum mahu untuk menerima pengamal baharu.

 

Begitulah secara ringkasnya.

 

31/1/25

No comments: