Saturday, February 15, 2025

Guna Akal Pada Tempat yang Dibenarkan Sahaja

 

Allah perintahkan kita menggunakan akal untuk memaham hal2 yang layak bagi akal, TETAPI Allah larang kita gunakan akal untuk memaham hal2 yang di luar daripada wilayah akal. Hal ini kerana akal kita ini sangat terbatas dan sangat lemah untuk memaham hal yang tinggi2.

 

Jika kita mahu juga menggunakan akal untuk mencapai hal2 yang tidak boleh dicapai oleh akal, akhirnya akal dan hati kita akan rosak.

 

Akal ibarat basikal. Kita boleh menunggangnya untuk pergi ke Taiping, Thailand, Makkah dsb. Kerana kawasan2 itu berada dalam wilayah kemampuan basikal. Tapi untuk pergi ke stesen angaksa atau bulan, tak boleh naik basikal. Kerana stesen angkasa dan  bulan bukan berada dalam wilayah kemampuan basikal. Untuk pergi ke sana, kita perlu menggunakan kenderaan yang sesuai seperti roket.

 

Jika kita berusaha berhabis2an untuk pergi ke bulan dengan basikal juga, akhirnya kita yang akan rosak binasa.

 

…petikan pengajian kitab Qawaid al-‘Aqaid (Ihya’ ‘Ulumuddin) oleh Paklong Abu Zulfiqar, 14 Februari

No comments: